Cara Masak Bubur Nasi Guna Periuk Noxxa

Bubur nasi merupakan antara menu yang mudah disediakan dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Sama ada untuk sarapan, makan malam atau ketika kurang sihat, semangkuk bubur panas memang cukup menyelerakan. 


Dengan menggunakan periuk Noxxa, proses memasak bubur menjadi lebih mudah kerana tidak perlu menunggu lama atau kerap mengacau seperti memasak di atas dapur. Cie guna periuk noxxa yang lama.


Untuk menyediakan bubur nasi bagi hidangan empat orang, hanya beberapa bahan asas diperlukan. 


Bahan-bahan

1 cawan beras
7 cawan air
Sedikit garam (pilihan)
Sedikit hirisan halia


Cara Penyediaan

  1. Cuci beras sehingga bersih.
  2. Masukkan beras dan 7 cawan air ke dalam periuk Noxxa.
  3. Tambahkan sedikit garam jika suka.
  4. Tutup penutup periuk dengan kemas dan halakan tombol ke pressure.
  5. Pilih fungsi High Pressure dan tetapkan masa selama 30 minit.
  6. Setelah bunyi beep, tolak tombol ke steam dan biarkan sehingga wap release sepenuhnya.
  7. Buka penutup periuk dan kacau bubur hingga sebati.
  8. Bubur nasi sedia untuk dihidangkan.
Cie hidangkan bubur nasi dengan kangkung goreng belacan, sup ayam, tempe dan ikan bilis goreng berlado serta telur masin. Tambahan daun sup, limau kasturi dan bawang goreng homemade. Memang sedap.






Ni kali pertama Cie masak bubur nasi guna periuk noxxa. Sebelum ni masak dalam rice cooker. Habis melimpah ruah. Guna periuk noxxa lagi mudah. 30 minit je dah siap dapat tekstur yang cantik.

Mulanya Cie buat 20 minit je. Belum jadi bubur lagi, nasi sebutir-sebutir dan kuah masih banyak. Cie tambah lagi HP 10 minit. Dah bunyi beep Cie release kepada steam. Lepas tu Cie biarkan je dalam periuk tu. Masa nak makan tu buka tudung periuk noxxa, tengok dah elok kejadiannya.

Cie kongsikan infografik cara membuat bubur nasi guna periuk noxxa.


Selamat mencuba!


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. nak kena godek2 lagi PC linda tu.. sebab tak nampak dekat mana boleh set masa.. dia mcam dah fixed je

    BalasPadam
  2. Mama selalu puji periuk Noxxa dia lembutkan daging kejap, haha. Sejuk2 ni makan bubur berlauk pun sedap. Tapi time winter takde kangkung pula.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.