Ada yang dah tengok ke filem Chelot?
Cie baru je tengok pada 29 Ogos yang lepas kat GSC Melawati Mall. Dah settle makan dan shopping baru la kami tengok tiket dan beli kat kiosk tu je. Tapi rugi pulak hari tu tak boleh scan member tak dapat la point.
Macam biasa la kalau nak tengok wayang mesti la beli sekali makanan kan. Walaupun makanan makan lunch tu masih belum betul-betul turun lagi. Tengok wayang sambil nengunyah memang syok.
![]() |
| Goldie crunch ni memang sedap |
![]() |
| Popcorn box pun gambar Chelot |
Kami ambil tayangan 3.50pm. Sempat la masa tu solat dulu. Dah settle semua baru la pick up makanan yang kami order tu.
- Tiket Chelot untuk 4 orang termasuk tax : RM76
- Golden popcorn caramel combo (mineral water) : RM15.50
- Goldie crunch combo (iced lemon tea) : RM16
Total semua sekali RM107.50
Masa kat gate nak masuk tu staf GSC bagi 4 keping kad, macam poskad. Depan gambar Chelot, belakang ada ruangan kosong.
Kami masuk je iklan tengah ditayangkan. Dah gelap la dalam tu. Jadi tak dapat la nak wefie. Snap gambar makanan jela.
Serius cakap cerita Chelot ni memang best. Penuh dengan plot twist. Pelakon semuanya hebat. Filem aksi arahan Adrian Teh. Kisah sindiket penyeludupan senjata.
Yang paling menarik dalam filem ni ialah babak aksi single-take selama 5 minit 19 saat yang dirakam sejauh kira-kira 1.9 km dan mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records. Memang luarbiasa.
Masa aksi tembak menembak tu pun jadi seram terfikir kalau betul-betul jadi depan mata memang haru la. Siap kejar mengejar dalam bangunan kedai. Tengok macam dalam Pertama Complex tu tapi taktau la lokasi mana.
Ada juga aksi tembak menembak kat kampung. Fuhhh memang mendebarkan tengok dari mula sampai habis memang bunyi tembakan jela.
Dah ending tu baru tau siapa Chelot tu. Chelot tu call sign polis la kiranya. Siapa chelot tu? Tengok la ye malas nak spoil. Hihi.
Dato Bakri lakonan Shaheizy Sam tu memang sejahat-jahat manusia. Dah la seludup senjata, bunuh orang pulak tu. Akhirnya kena tangkap hidup-hidup.
Semua pelakon dapat melakonkan watak mereka dengan baik. Gabungan Beto Kushairy, Shukri Yahya, Nadhir Nasar dan Alicia Amin memang mantap.
Kat Threads pun dah ramai review. Ramai tak puas hati yang babak Sharnaz Ahmad sikit betul. Senang buat duit takde dialog pun. Tapi maybe ada sambungan nanti kot mana tau ada Chelot 2 pulak baru ada watak Sharnaz Ahmad tu kan.
Hannah Delisha, Nadia Nisa pun ada tapi sikit je babak mereka. Filem ni lebih fokus kepada watak utama tu jela. Watak tambahan pun pelakon berbakat.
Kalau korang ada plan nak tengok Chelot boleh la pergi berbaloi je duduk lama dalam cinema sambil enjoy makan popcorn dan goldie crunch tu.






7 Ulasan
3 hero Malaysia dalam 1 filem memang mantap kan? Tapi itu la kalau KSarie nak tengok cerita ni kena tengok sorang-sorang sebab deme tu tidak minat cerita Melayu
BalasPadamlama betul x masuk pawagam.. tapi dapat luang masa bersama keluarga memang terbaik.
BalasPadamsaya plak dalam dilema lagi ni. nak tengok chelot ke citer hope. dua2 mcm best ni
BalasPadamWah...Best betul ni.Sy belum tgk lg =D
BalasPadamBelum tengok lagi movie ni. Ramai yang review kata best. Pelakon pun hebat-hebat. Tak rugi lah tengok kan.
BalasPadamramai kwn2 blogger dh share tgk movie ni..kita lama dh tk tgk wyg
BalasPadamKena set time juga ni, sebab suka pilih tiket pagi, murah sikit.. hihihi
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.