Sampai di Benta hampir pukul 10 pagi dah. Pekan Sehari Benta ni kecik je takdela sebesar yang kat Temerloh tu kan. Takdela penat nak berjalan tu. Pusing-pusing eh dah habis. Orang pun tak ramai sangat. Barang jualan banyak juga.
Tak banyak sangat ulaman kampung yang menarik hati nak dibeli. Cie nak mencari ulam kampung yang rare, yang tak pernah makan. Takde pulak jual kat situ. Kebanyakkan yang biasa saja.
Beli jela rebung, pucuk paku, pegaga. Kang kena jeling dengan Faiz. Ajak datang jauh-jauh takde beli apa-apa. Hahaha. Makanan pulak beli apam balik dan Faiz beli buah perah. Tu jela hasil membeli.
Geram nak beli jering semai tu buat sambal jering. Tapi takde orang makan, Cie je yang makan. Malas la nak beli. Siap tu terus gerak dan singgah kedai ECO Benta. Pertama kali la masuk ECO Benta ni.
Best jugak 2 tingkat dan tak crowded sangat. Kalau kedai ECO Lipis tu crowded dan ada masa takde barang yang kita nak. Kat ECO Benta tadi memang meriah barangnya.
Faiz bagi bajet RM20 je tadi so berpada-pada la beli jajan je dan 1 scented candle. Tu pun dah lebih 0.80 tadi tambah la juga. Faiz dah tau trick so dia tak turun. Kalau 3 gegirl ni masuk ECO habis dia kena pau. Hahaha.
Takpe next time kita repeat la lagi terjah Kedai ECO Benta ni beli barang lain pulak. Beli Mamee yang feat dengan Zus tu 2 pack takdela luck nak gores. Anak buah Cie baru ni gores dapat la 15% diskaun. Dia takde Zus jadinya Cie jela yang claim voucher dia.









2 Ulasan
Sama lah kita Cie, sekali sekala pergi pekan sehari bukan apa nak cari sayur-sayur kampung. Tengok pucuk paku tu, segarnya. Semalam pergi NSK Rawang, cari pucuk paku nak buat masak lemak, tak ada lah pulak.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.