Pekan Sehari Benta & Singgah Kedai ECO

Misi hari ni nak mencari sayuran kampung di Pekan Sehari Benta. Dari rumah Cie ke Benta ni dalam 15-20 minit. Lepas sarapan pagi tadi terus bersiap nak ke Benta. 

Sampai di Benta hampir pukul 10 pagi dah. Pekan Sehari Benta ni kecik je takdela sebesar yang kat Temerloh tu kan. Takdela penat nak berjalan tu. Pusing-pusing eh dah habis. Orang pun tak ramai sangat. Barang jualan banyak juga. 

Tak banyak sangat ulaman kampung yang menarik hati nak dibeli. Cie nak mencari ulam kampung yang rare, yang tak pernah makan. Takde pulak jual kat situ. Kebanyakkan yang biasa saja. 





Beli jela rebung, pucuk paku, pegaga. Kang kena jeling dengan Faiz. Ajak datang jauh-jauh takde beli apa-apa. Hahaha. Makanan pulak beli apam balik dan Faiz beli buah perah. Tu jela hasil membeli.




Geram nak beli jering semai tu buat sambal jering. Tapi takde orang makan, Cie je yang makan. Malas la nak beli. Siap tu terus gerak dan singgah kedai ECO Benta. Pertama kali la masuk ECO Benta ni. 


Best jugak 2 tingkat dan tak crowded sangat. Kalau kedai ECO Lipis tu crowded dan ada masa takde barang yang kita nak. Kat ECO Benta tadi memang meriah barangnya. 


Faiz bagi bajet RM20 je tadi so berpada-pada la beli jajan je dan 1 scented candle. Tu pun dah lebih 0.80 tadi tambah la juga. Faiz dah tau trick so dia tak turun. Kalau 3 gegirl ni masuk ECO habis dia kena pau. Hahaha. 

Takpe next time kita repeat la lagi terjah Kedai ECO Benta ni beli barang lain pulak. Beli Mamee yang feat dengan Zus tu 2 pack takdela luck nak gores. Anak buah Cie baru ni gores dapat la 15% diskaun. Dia takde Zus jadinya Cie jela yang claim voucher dia. 


Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Sama lah kita Cie, sekali sekala pergi pekan sehari bukan apa nak cari sayur-sayur kampung. Tengok pucuk paku tu, segarnya. Semalam pergi NSK Rawang, cari pucuk paku nak buat masak lemak, tak ada lah pulak.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. cantiknya semua gambar!
    eco tu kedai behantu. tipulah kata nak beli sikit barang jekan, alih2 terlajakk

    BalasPadam
  4. Kak SA selalu kena ngan suami..dia kalau ajak masuk Eco ni confirm lebih dari RM50..ntah apa yg dibelinya...

    BalasPadam
  5. Betul la masuk eco ni kena target berapa nak kena bawa rm nya..kalau tak mmg mcm² nak dibeli...

    Haritu pun sendiri terkena..
    Masuk nk beli 1 mangkuk je, sekali dah turun bermangkuk siap pinggan sudu cawan 🤔🤔 adehh padan muka sndri

    BalasPadam
  6. Buah perah tu, akak tak kenal.
    Akak suka jalan-jalan di pekan sehari. 😊

    BalasPadam
  7. Bestnya dapat pegi pekan sehari.. semua sayur segar2.. rambang mata dibuatnya

    BalasPadam
  8. Singgah eco memang 'ter' beli la.... yang tak nak pun beli...

    BalasPadam
  9. hmmm kalau dah msk kedai eco ni
    bohong laa kalau tak membeli
    kena plak 3 org pompuan kannn
    hahhaha

    BalasPadam
  10. Akk lagi suka pergi tempat yg kecik dan tak crowded Cie... Tenang nak pilih barang. Seronok tengok sayur/ulam segar gini

    BalasPadam
  11. Geram pula tengok ulam-ulam tu. Pucuk paku.......kalau jering memang tak pernah beli. Tak reti nak makan.

    BalasPadam
  12. Kita & eco kalau tak terjebak beli byk brng mmg x sah..hahaha

    BalasPadam
  13. Segar bugar ulaman kampung. Gerak tengok. Eco ni tak sah kalau tak beli apa2 kan

    BalasPadam
  14. Seronok suasana Pekan Sehari Benta, macam-macam hasil kampung boleh jumpa 😊 Singgah ECO pula memang bahaya, niat nak tengok-tengok biasanya keluar ada barang juga 😂

    BalasPadam
  15. Kan kalau ke pasar @ pekan sehari ni sayur2 kg lah dicari
    Ulam ulam yg jarang jumpa
    Rasaa banykk
    Nk diborong mcm2 pula

    BalasPadam
  16. MZ mcm dh lama tak gi kedai eco..memang kalau gi mana2 kedai eco, ada jer brg2 yg berkenan wpun tak de dlm list to buy hehhehe

    BalasPadam
  17. Wah ...sukanya kalau saya dapat pi pasar macam ni...Waaa ..buah perah pun ada.....suka...
    Saya laling teringin nak makan jlam bunga Keladan tapi belum pernah jumpa

    BalasPadam
  18. Yang Cie pegang tu ke buah perahnya? buat masak ke boleh makan gitu je?

    BalasPadam
  19. Aiiiih sukaaaa kalau belanja di tempat yg tak ramai begini. Tak penting nak milih 😄. Melihat ulam2 yg dijual, langsung terbayang makan ulam dengan sambal belacan kak 😍😍😍.

    Kalau Faiz tak nak turun, kalau Raka juga begitu. Tapiiii kartu bank dia saya pegang 😂😂. Jadi memang tiap beli belanja keperluan rumah, dah pastilah pakai kartu dia 🤭

    BalasPadam
  20. Benta pun ada pekan sehari jugak ek. Ingatkan Temerloh je ada. Pasar Benta ni hari Ahad jugak ke Cie? Seronok beli barang masak especially ulam-ulam yang rare.
    Jering Semai tu jering tua yang ada akar tu ke? Sedap jering buat sambal tapi kalau makan gitu je memang tak lalu.
    Hihihi..mana mahunya masuk kedai Eco tak lebih belanja. Sebab dah tahu trick tu yang malas turun ek.

    BalasPadam
  21. Bila tulis rebung tu teringat kat rebung yang dibeli akak frozenkan. Entah bila lah nak masaknya.
    oo buah perah ni lah yang sama Kak Amie mention dalam blog. Nampak sedap dan berlemak.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.