Sambal hitam je memang Cie buat stok senang nak makan dengan apa-apa. Cicah lempeng dengan kuah lemak dan sambal hitam memang sedap. Kekadang macam berangan nak buka kedai makan menu sarapan buat lempeng. Hahaha.
Hari ni tak ke BS Freshmart beli lauk. Kakak Cie datang baru ni bawak 1 ekor ayam. Katanya nak bagi merasa ayam dari kedai suaminya. Lepas pencen tahun lepas, abang ipar beli kedai ayam tu untuk usahakan lepas pencen. Owner kedai tu dah agak berusia so dia nak jual kedainya. Ada la kerja lepas pencen. Syok juga kan.
1 ekor ayam tu cukup la 4 kali masak. Ada lagi sebekas ayam sekali masak dan ikan siakap rasanya Faiz beli minggu lepas. Cukup la untuk bekalan minggu ni.
So minggu ni nak beli sayur je. Cie ajak Faiz ke Pekan Sari Benta nak mencari sayuran apa yang menarik.



11 Ulasan
aduhhh terliur betul tengok lempeng ni!
BalasPadamsedapnya lempeng cicoh sambei belimbing hitam,.. Dah payah nak dapat stok belimbing hitam la saya.. abah dah takde. Mak tak larat nak buat.
BalasPadamlempeng ni kalau sy mkn hari2 pun tak pe janji pencicahnya pedas ;-)
BalasPadamAduhai..Sedap tu lempeng cicah sambal =D
BalasPadamKalau Cie buka kedai jual lempeng dan sambal hitam tu memang KSarie usahakan datang ke k3dainya
BalasPadam😍 Simple tapi menyelerakan, tambah kopi panas memang ngam. Lepas kenyang barulah ada tenaga nak ke pasar!
BalasPadamAlaaah dah habis pulsa sambal hitam saya yg dibagi kak Mulan waktu itu. Ternyata sedap juga makan dengan lempeng yaa 😍😍
BalasPadamsedapnya lempeng! td baca entry lempeng kat blog ako/retna
BalasPadamye silalah buka kedai sarapan yng ada variety of lempeng dan pencicahnya. payah betul nak cari
BalasPadamAda simpan lauk-pauk berkuah atau sambal senang bila nak buat lempeng je tak perlu nak buat sambal dan kuah dah. Sedapnya lempeng, lama tak melempeng. Tengok kawan-kawan blogger melempeng,r rasa nak melempeng pulak. Sedap cicah sambal tumis atau kuah masak lemak cili api. Suka cicah lempeng dengan kuah ikan baung masak lemak.
BalasPadamBagus lah dah pencen ada sesuatu yang boleh dibuat.
BalasPadamAkak pun dah boleh plan hehe.. tapi takmo keje berat.
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.