Paru Berlado Kak Zaidah

Belum habis lagi review produk Kak Zaidah ni. Banyak juga Cie beli hari tu. Setakat ni dah cuba sambal penyet ikan bilis, sambal ikan masin, kuah rojak, pes masak lemak dan paru berlado. 


Cie dah cuba paru berlado ni. Rasa paru sambal je ni. Cie biasa panggil paru sambal jela kalau jenis merah gini. Kalau berlado yang guna cili padi tu. 

Nak sediakan senang je sebab paru berlado ni jenis Ready To Eat (RTE). Cie rendam dalam air panas a few minutes je. Lepas tu dah boleh makan. 


Kalau untuk nak makan sahur ketika puasa, nak travel, nak cepat, tak pandai masak memang kena beli dan standby stok kat rumah. Panaskan je dah boleh makan. 


1 peket tu RM15 untuk 150gm. Sesuai untuk 1-2 orang makan. Cie beli ni masa pergi lawatan ke Kak Zaidah Food


Catat Ulasan

0 Ulasan