Lawatan Ke Zaidah Ibrahim Food Di Puchong

23 Julai 2026 baru-baru ni Jabatan Dietetik dan Sajian, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh menganjurkan lawatan ke Zaidah Ibrahim Food atau dikenali dengan nama Kak Zaidah. Bertempat di Puchong Selangor. 

Objektif utama lawatan adalah untuk mempelajari teknologi pembungkusan makanan. Tapinya Kak Zaidah tu takde aktiviti pembelajaran begitu. Hanya tengok live memasaknya dan pembelian produk beliau sahaja. 


Seawal 5.30am kenderaan jabatan bergerak dan mereka singgah ambil Cie dulu kat rumah. Nak ke KL lalu taman Cie tu yang Cie tunggu kat rumah je. Singgah solat subuh di Gali Raub. Sampai ke Puchong awal juga 8.15am dan sampai. Kami sarapan dulu la di kedai makan berdekatan. Cie sarapan mi goreng dah ayam goreng. Americano iced dah bancuh dari rumah. Bawak tumbler Zus macam biasa. 


Ni total kami makan sarapan 5 orang termasuk driver. Cie belanja mereka makan. 

Ramai dah sampai lagi awal dari kami. Ada yang menginap di situ juga macam hospital yang jauh-jauh. Berkumpul la kami ramai-ramai makan di kedai tu. Lupa pulak nak snap gambar. Kedai mamak kot tapi pekerja melayu ramai. 

Kami dibenarkan masuk pukul 9.30am ke dalam bangunan Kak Zaidah. Cie masuk awal dapat la seat depan meja. Cuma terganggu sikit ada live host duduk depan tu dan kamera untuk live. Sebelum sesi live bermula Kak Zaidah akan brief dulu la peraturan sepanjang live berlangsung. 

Beliau live memasak di Tiktok dan Facebook dah sampai episod yang ke 1139. Penonton di studio terdiri dari pelawat yang datang dari pelbagai group. Masa yang kami buat lawatan tu ada juga group lain dari Negeri Sembilan. 

Kak Zaidah buat demo Ayam Kari Kampung bermula pukul 10am. Sepanjang sesi live ada sesi soal jawab dapat la masuk live beliau. Kawan sebelah Cie ada tanya soalan nampak la muka Cie dalam live. Ada kawan yang tak pergi screenshot share dalam group. 


Boleh la tanya apa-apa soalan katanya jangan susah-susah atau soalan peribadi. Background kak Zaidah ni bukan kulinari, memang takde background masak-masak pun. Mungkin beliau masak je setiap hari buat live jadi ramai la peminat yang menonton. Bila masak hari-hari asah skill memang boleh jadi pandai. 



Orang Malaysia ni memang suka live masak memasak. Mostly founder yang buat video memasak memang boleh pergi jauh contohnya macam Khairul Aming. 

Tapi kan Cie tak pernah la nampak video kak Zaidah lalu lalang kat Facebook atau Instagram. Tak kenal pun siapa. Masa organizer cakap nak buat lawatan tu Cie ingatkan kak Zaidah tu chef. Rupanya bukan. Kak Zaidah live 10am setiap hari kalau ada lawatan kecuali Jumaat. Rasanya memang setiap hari tu ada lawatan. 

Sekejap je live tu dalam 1jam 20minit je. Lepas masak kari kak Zaidah buat demo masak lemak cili api guna pes masak lemak. 

Ni la hasil masakan Kak Zaidah, ayam kari kampung

Ni pulak hasil demo menggunakan pes masak lemak

Habis live ada sesi group photo. Mulanya guna handphone Iphone kawan Cie tapi tak dapat full. Team kak Zaidah tanya ada handphone lain ke. Cie pun hulur la handphone Cie baru la nampak full. Team kak Zaidah pun ada ambil gambar guna kamera DSLR. 

Team Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Negeri Pahang

Selepas tengok live masak tu boleh la pergi showroom untuk buat pembelian produk. Ada la diskaun untuk yang datang lawatan. Pembelian RM100 dapat nombor cabutan bertuah dan pembelian RM150 dapat la woven bag Kak Zaidah. Cie pun terjebak cukupkan pembelian RM150. Beli jela serba sedikit. 



Kicap Kak Zaidah tu katanya viral. Harga jualan online RM12, untuk peserta lawatan boleh dapat RM10 sebotol dan free 2 botol. Cie share beli dengan staf Cie. Cie ambil 6 botol. 

Makanan tengahari juga disediakan percuma sahaja. Ayam kari kampung, terung berlado, lempeng yang dimakan dengan sambal beliau. Kiranya tester la sambal tu. Ada juga tester kek buah. Demo mi goreng menggunakan kicap kak Zaidah pun ada tapi Cie tak rasa pun. Kenyang dah makan nasi dan lempeng. 


Selepas semua makan ada sesi cabutan bertuah. Syarat cabutan 1 group hanya 1 cabutan sahaja. Hadiahnya periuk Dessini untuk masak 2 ekor ayam. Rezeki staf Cie dapat cabutan. Kak Hanim beli RM300 dapat 3 nombor cabutan dan rezeki dapat hadiah periuk. 

Ni la hasil Cie memborong. Takde luck cabutan. 

Selepas sesi cabutan bertuah tu kami semua balik. Semua sekali 12 hospital dan peserta seramai 45 orang. Dari Lipis 4 orang. Dari hospital lain pun ada juga wakil. Masing-masing naik kenderaan jabatan masing-masing. Ada yang naik van jabatan, ada naik kereta jabatan. Kami naik kereta jabatan Mitsubishi. Ada juga naik kenderaan sendiri. 

2 kali singgah kat masjid ni untuk Subuh dan Asar. 2 hari berturut naik kereta ni. Rabu ke Temerloh, Khamis ke Puchong

Group lain naik bas. Tu yang Kak Zaidah tu tanya kami macam mana berkumpul naik bas. Kami cakap la tak naik bas. Memasing naik kenderaan jabatan masing-masing. Macam-macam jenis kenderaan la. Ada proton persona, honda city, toyota innova. HTAA dan HOSHAS je naik van, peserta mereka ramai. 

Cie beli serba sedikit pes, RTE, kuah rojak. Nanti Cie share rasa untuk setiap yang Cie beli. Kicap 6 botol tu bukan semua untuk Cie. Bagi adik beradik sebotol sorang. 


Saja je beli pes tu nak rasa. Kot la ada masa yang tak sempat nak masak tu boleh guna pes tu. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. wah syok lawatan ke tmp camni...beli pes mcm2 tu bole try nanti

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.