Singgah Bakers Cottage

Lamanya tak membeli di Bakers Cottage ni. Kalau ikutkan setiap minggu lalu depan BC ni. BC berdepan je dengan BS Freshmart tempat Cie beli barang dapur. Tapi sebab BC ni buka pukul 10, memang malas la nak menunggu. Kami siap beli barang awal. 


Tadi habis beli barang 9.45am. Faiz kata takpela terus cari dobi nak dryer baju jela sementara tunggu BC buka 10am. Kakak Raisha la nak sosej dan chocolate danish. Dia kata lama tak makan. Dia pulak taknak ikut beli barang.

Siap dryer baju baru la singgah Bakers Cottage. Takde sosej yang kakak Raisha suka tu. Ada sosej lain je. Beli jela yang tu. Beli la juga makanan lain so tak payah masak lunch dah. 




Ada kaya puff, tiramisu cake, carbonara chicken puff, cheese tart, nacho cheese chicken pie. Makan jela ni untuk lunch. Tak berapa rajin dah nak masak lunch. Nanti dinner baru masak. 


Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Faa tak penah maka BC ni, tapi adik suka sangat beli buat makan2 kat rumah. Dulu yang Faa ingat penah la beli Ayamas tu. Sedapp.. Gaji je beli banyak bagi satu family makan sama2.

    BalasPadam
  2. Dia punya tuna sandwiches pun not bad tau.... nanti try ye

    BalasPadam
  3. Macam² beli.. akak kalau masuk BC beli ayam dan egg tart je.

    BalasPadam
  4. Makan ini saja pun memang buat kenyang kak 😄. Sedaaap pula. Pernah makan di bakers , tp yg KL

    BalasPadam
  5. Saya suka makan..ada masa singah nak beli..

    BalasPadam
  6. saya dah lama tak singgah BC..last was last year kot ie singgah beli bunpastry etc utk jamuan kelas razeen

    BalasPadam
  7. Wow..Byk borong tu. Smlm baru trfikir nk beli ayam seekor dkt sana.Tp tak sempat beli sbb nk mncari brng lain plk =D

    BalasPadam
  8. Saya teringin nak pergi Bakers Cottage sbb baru2 ni ada org tanya kat Threads idea utk lauk dari ayam panggang Bakers Cottage ni. Ramai yg bagi idea2 menarik jadi teringin nak cuba jugak 😅

    BalasPadam
  9. Akk selalu beli ayam je dekat BC. Itu pun husband @ Abang je selalu turun beli. Banyak juga makanan lain ye, best ni. Harga pun affordable

    BalasPadam
  10. lama tk singgah bakers cottage ..dlu pegi beli ayam panggang promo

    BalasPadam
  11. Banyak beli. Hehe tapi kalau tengahari makan ini sahaja untuk saya tidak kenyang.

    BalasPadam
  12. dulu rajin beli...tapi pernah dapat sekali ayam tu kering betul...terus x beli lama dah...

    BalasPadam
  13. Meriah betul aneka puff, cheese tart dengan pai yang diborong tu. Memang pilihan terbaik beli menu Bakers Cottage buat ganti lunch, sesekali mak-mak bagi 'cuti' cuti masak tengahari macam ni memang terasa tenang sangat hidup, janji perut semua kenyang!

    BalasPadam
  14. Sis kalau ke sini suka beli ayam panggang dia jerr, jarang beli benda lain hehehehe

    BalasPadam
  15. Ayam BC ni kalau beli dan tak habis, boleh buat wraps dan sandwich kan

    BalasPadam
  16. kalau pegi BC, beli ayam dengan egg tart je selalunya..suami suka yang tu..kek sekali sekala kalau ada sambutan birthday dna tengok stok kek apa yang ada..

    BalasPadam
  17. ayam dia slowly naik harga kan... daripada harga 11.99 kalau tak silap beberapa tahun lepas

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.