Johan Treasure Hunt Sukan KENTAL Explorace 2026

Tahun ni Sukan KENTAL Hospital Kuala Lipis mencipta sedikit kelainan dengan mengadakan sukan yang mencabar seperti:

1. Survival Village - aktiviti di kem askar
2. Mountain Escape - mendaki Gunung Stong, Kem Baha
3. Treasure Hunt - dari Kuala Lipis, Raub, Batu Malim, Koyan dan kembali ke Kuala Lipis

Ada 4 rumah sukan yang bertanding mengikut pembahagian jabatan-jabatan yang ditetapkan. Tema kali ni sport car. Antara rumah sukan yang bertanding:

1. Bugatti Divo - rumah biru
2. Mclaren Spider - rumah kuning
3. Koenigsegg Jesko - rumah ungu
4. Pagani Zonda - rumah hijau

Bergambar bersama Pengarah Hospital sebelum bermula


Asalnya pihak penganjur minta kami senaraikan nama siapa yang nak sertai. 6 orang peserta diperlukan. Cie, 2 orang staf jabatan Cie, 2 orang staf Unit Pentadbiran dan 1 orang staf wad kanak-kanak. Lokasi treasure hunt pun mulanya di Fraser Hills. Entahla macam mana Cie boleh tergerak hati nak join. Hahaha. Cie bukan sejenis suka sangat aktiviti mencabar ni. 

Tiba-tiba syarat penyertaan bertukar. Penganjur perlukan 4 orang peserta saja untuk 1 kereta. Staf jabatan Cie sorang tarik diri sebab dia dapat pindah. Tinggal la 5 orang. 2 orang staf Pentadbiran juga tarik diri sebab ada kerja lain pada tarikh tu. Jadi tak cukup sorang lagi team kami. Cie pun tanya bos dia nak join tak, bos Cie cakap nanti kalah macam mana. Cie kata takpe kita join suka-suka je. Bos pun on je. Cie masukkan nama dia. 

Jadi la kami berempat. 3 orang dari Jabatan Dietetik dan Sajian, 1 orang dari Wad Melor 5A (wad kanak-kanak). Cie buat group whatsapp untuk kami berempat berbincang baju nak pakai. Rumah sukan memang ada baju dah. Masa mula tu urusetia cakap sediakan extra baju ada aktiviti air. Kami pun plan pakai baju unit kami warna biru, staf wad pinjam la baju staf sajian. Sebelum checkpoint 4 kami tukar baju rumah sukan.


Setiap pasukan boleh membawa 2 orang penyokong tapi tak boleh naik kereta yang sama. So mereka naik motor la ride follow kereta kami. Bos Cie bawak kereta dia. Banyak la video dan gambar kami dirakamkan. Cabaran ditentukan oleh Belia Kuala Lipis.

Lokasi cabaran pun bertukar dari Fraser Hills ke Kuala Lipis – Raub – Batu Malim – Koyan sebelum kembali semula ke Kuala Lipis. Pada mulanya cabaran kami pada 19 Oktober tu ada aktiviti air di Batu Malim. Last minute dibatalkan dan diganti dengan cabaran lain. 

Sepanjang pertandingan, kami diberikan klu dalam bentuk koordinat untuk mencari lokasi checkpoint. Apabila sampai di lokasi yang dituju, barulah kami mengetahui cabaran yang perlu diselesaikan. Memang mendebarkan kerana kami tidak tahu tugasan apa yang menanti di setiap lokasi! Selesai cabaran kena jawab 5 soalan pulak dan tak boleh guna handphone ye, kena fikir jela jawapan. Mujur la cabaran yang disediakan biasa je tak mencabar melainkan soalan je susah. Setiap checkpoint akan diberikan 1 sampul amanah, dalam tu ada sekeping huruf yang akan dicantumkan pada checkpoint akhir. 


5 Checkpoint Explorace Treasure Hunt


Checkpoint 1: Pindahkan Guli

Lokasi: Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis



Selepas selesai checkpoint 1

Cabaran pertama memerlukan kami memindahkan guli daripada seorang ahli kepada ahli seterusnya menggunakan cawan plastik yang dipakai di kepala. Tangan tidak boleh digunakan untuk memindahkan guli dan peserta terakhir perlu memasukkan guli ke dalam bekas yang disediakan. Kami diberikan masa lima minit untuk menyelesaikan tugasan ini. Part ni kelakar. Kami dapat 4 biji guli je. Ada yang jatuh sebelum sampai ke penghujung. Hahaha. Ada video team penyokong kami record memang aib betul. 


Checkpoint 2: Foto Berkumpulan di Tugu Durian Musang King

Lokasi: Taman Bandar Raub 



Di checkpoint kedua, kami perlu mengambil foto berkumpulan di Tugu Durian Musang King. Foto tersebut mestilah menunjukkan kerjasama, perpaduan atau semangat berpasukan. Cabaran ni senang je memandangkan team media adalah dari kumpulan rumah sukan kami. Dia fotografer so dia la yang ambilkan gambar team kami. 


Checkpoint 3: Bina Menara Kertas A4

Lokasi: Batu Malim, Raub



Team rider kiri dan kanan yang sentiasa follow kami. Yang kiri tu staf jabatan Cie, yang kanan tu MA Jabatan Kecemasan

Kami perlu membina sebuah menara menggunakan 20 helai kertas A4 dan pita pelekat yang dibekalkan sahaja. Masa yang diberikan ialah 10 minit. Selepas masa tamat, menara tersebut mesti berdiri sendiri selama 10 saat tanpa dipegang. Cabaran juga sebab tepi sungai tu berangin. Beria kami berempat buat bulatan nak halang angin. Ketinggian menara kami setinggi 140cm. Team urusetia cakap team kami yang tertinggi masa tu. 

Sebelum sampai ke Checkpoint 4, team rider penyokong kami ajak makan dulu. Kami pun singgah la makan di Koyan kedai roti canai kari kambing. Cie makan capati dan kari kambing. Kami santai-santai je tak rushing kejar masa pun sebab masa tak dikira. Team rumah lain kemain laju ada yang dah sampai ke checkpoint akhir sewaktu kami makan tu. Team rider penyokong mereka pun tak sempat kejar cepat sangat. 

Checkpoint 4: Tendangan ke Gol Kecil

Lokasi: Dewan Komuniti, Sungai Koyan



Cabaran keempat menguji ketepatan tendangan setiap peserta. Kami diberikan tiga peluang seorang untuk menendang bola ke dalam gol kecil dari jarak yang ditetapkan oleh urus setia dengan mata tertutup. Masa test tu gol je, bila tendangan sebenar melencong perginya. Tengok video memang kelakar. 2 biji je masuk gol. Hahaha. Bos Cie sebiji, staf Cie sebiji. 

Checkpoint 5: Susun Huruf Menjadi UNITY

Lokasi: Taman Awam, Kuala Lipis

Sampai kat checkpoint 5 ni kami kumpulan terakhir. Masa sampai tu team belia bagi kami task terakhir iaitu untuk mencari 1 lagi sampul amanah. Kami cari sekitar playground akhirnya bos kami jumpa dalam slide. Tak sampai 15 minit kami jumpa. 



Checkpoint terakhir memerlukan kami menyusun huruf yang diperoleh daripada checkpoint terdahulu untuk membentuk satu perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud perpaduan atau kesatuan. Jawapannya ialah UNITY. 

25 Soalan Pengetahuan Am Turut Menguji Kami

Selain cabaran fizikal di setiap checkpoint, kami juga perlu menjawab 5 soalan pengetahuan am bagi setiap lokasi. Dengan lima checkpoint keseluruhannya, kami perlu menjawab total keseluruhan sebanyak 25 soalan berkaitan sejarah Malaysia, kemerdekaan dan Rukun Negara. Tak boleh google jawapan. Kena tembak jela mana yang tak yakin tu. Mujur disediakan jawapan ABCD. 

Jadi, pertandingan ini bukan sekadar menguji ketangkasan fizikal, malah turut menguji pengetahuan dan kemampuan kami berfikir. Kami perlu menyelesaikan tugasan serta menjawab soalan di setiap checkpoint sebelum meneruskan misi seterusnya.

Alhamdulillah, Berjaya Meraih Kemenangan

Alhamdulillah, pasukan Bugatti Divo (rumah biru) berjaya meraih kemenangan dalam Explorace Treasure Hunt sempena Sukan Kental 2026. Gabungan cabaran fizikal, soalan pengetahuan am dan kerjasama pasukan menjadikan pengalaman ini cukup bermakna buat kami.


Menyertai pertandingan seperti ini bukan sahaja memberikan pengalaman baharu, malah mengeratkan hubungan sesama ahli pasukan. Kemenangan yang diraih menjadi kenangan manis sepanjang Sukan Kental Hospital dan menyumbang mata kepada pasukan Bugatti Divo.

Walaupun ada yang soksek di belakang cakap sampai lambat pun boleh menang, melenggang lenggok pun boleh menang. Kami follow cakap urusetia kata jangan rushing tak perlu kejar masa. Santai-santai jela kami makan-makan dalam kereta, gosip-gosip sepanjang perjalanan. Banyak ye bekalan makanan kami bawa ada donut, roti coklat, coklat Beryls, air mineral. Urusetia pun ada bekalkan sandwich. Kami menang mungkin sebab cabaran menara dan kami dapat jawab banyak soalan betul kot. Kami pun taktau berapa markah bagi setiap cabaran tu. Team belia umumkan mata je kami sebagai pemenang. 

Alhamdulillah dari saja masuk suka-suka sebab sekadar nak support team rumah sukan, takde target nak menang pun pada asalnya. Kalau Allah dah tetapkan tu maka jadi la kan. Menjerit la kami masa diumumkan tu. Memang tak sangka. Terus rasa kami ni cerdik sejarah. Hihihi. 


Bergambar dengan semua peserta, team urusetia hospital dan team Belia dan Sukan Kuala Lipis

Tahniah buat Team Bugatti Divo Kental atas usaha dan semangat yang ditunjukkan sepanjang Explorace Treasure Hunt ini! Tahniah juga buat pasukan lain yang berjaya mengharungi cabaran. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.