Lawatan Ke Zaidah Ibrahim Food Di Puchong

23 Julai 2026 baru-baru ni Jabatan Dietetik dan Sajian, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh menganjurkan lawatan ke Zaidah Ibrahim Food atau dikenali dengan nama Kak Zaidah. Bertempat di Puchong Selangor. 

Objektif utama lawatan adalah untuk mempelajari teknologi pembungkusan makanan. Tapinya Kak Zaidah tu takde aktiviti pembelajaran begitu. Hanya tengok live memasaknya dan pembelian produk beliau sahaja. 


Seawal 5.30am kenderaan jabatan bergerak dan mereka singgah ambil Cie dulu kat rumah. Nak ke KL lalu taman Cie tu yang Cie tunggu kat rumah je. Singgah solat subuh di Gali Raub. Sampai ke Puchong awal juga 8.15am dan sampai. Kami sarapan dulu la di kedai makan berdekatan. Cie sarapan mi goreng dah ayam goreng. Americano iced dah bancuh dari rumah. Bawak tumbler Zus macam biasa. 


Ni total kami makan sarapan 5 orang termasuk driver. Cie belanja mereka makan. 

Ramai dah sampai lagi awal dari kami. Ada yang menginap di situ juga macam hospital yang jauh-jauh. Berkumpul la kami ramai-ramai makan di kedai tu. Lupa pulak nak snap gambar. Kedai mamak kot tapi pekerja melayu ramai. 

Kami dibenarkan masuk pukul 9.30am ke dalam bangunan Kak Zaidah. Cie masuk awal dapat la seat depan meja. Cuma terganggu sikit ada live host duduk depan tu dan kamera untuk live. Sebelum sesi live bermula Kak Zaidah akan brief dulu la peraturan sepanjang live berlangsung. 

Beliau live memasak di Tiktok dan Facebook dah sampai episod yang ke 1139. Penonton di studio terdiri dari pelawat yang datang dari pelbagai group. Masa yang kami buat lawatan tu ada juga group lain dari Negeri Sembilan. 

Kak Zaidah buat demo Ayam Kari Kampung bermula pukul 10am. Sepanjang sesi live ada sesi soal jawab dapat la masuk live beliau. Kawan sebelah Cie ada tanya soalan nampak la muka Cie dalam live. Ada kawan yang tak pergi screenshot share dalam group. 


Boleh la tanya apa-apa soalan katanya jangan susah-susah atau soalan peribadi. Background kak Zaidah ni bukan kulinari, memang takde background masak-masak pun. Mungkin beliau masak je setiap hari buat live jadi ramai la peminat yang menonton. Bila masak hari-hari asah skill memang boleh jadi pandai. 



Orang Malaysia ni memang suka live masak memasak. Mostly founder yang buat video memasak memang boleh pergi jauh contohnya macam Khairul Aming. 

Tapi kan Cie tak pernah la nampak video kak Zaidah lalu lalang kat Facebook atau Instagram. Tak kenal pun siapa. Masa organizer cakap nak buat lawatan tu Cie ingatkan kak Zaidah tu chef. Rupanya bukan. Kak Zaidah live 10am setiap hari kalau ada lawatan kecuali Jumaat. Rasanya memang setiap hari tu ada lawatan. 

Sekejap je live tu dalam 1jam 20minit je. Lepas masak kari kak Zaidah buat demo masak lemak cili api guna pes masak lemak. 

Ni la hasil masakan Kak Zaidah, ayam kari kampung

Ni pulak hasil demo menggunakan pes masak lemak

Habis live ada sesi group photo. Mulanya guna handphone Iphone kawan Cie tapi tak dapat full. Team kak Zaidah tanya ada handphone lain ke. Cie pun hulur la handphone Cie baru la nampak full. Team kak Zaidah pun ada ambil gambar guna kamera DSLR. 

Team Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Negeri Pahang

Selepas tengok live masak tu boleh la pergi showroom untuk buat pembelian produk. Ada la diskaun untuk yang datang lawatan. Pembelian RM100 dapat nombor cabutan bertuah dan pembelian RM150 dapat la woven bag Kak Zaidah. Cie pun terjebak cukupkan pembelian RM150. Beli jela serba sedikit. 



Kicap Kak Zaidah tu katanya viral. Harga jualan online RM12, untuk peserta lawatan boleh dapat RM10 sebotol dan free 2 botol. Cie share beli dengan staf Cie. Cie ambil 6 botol. 

Makanan tengahari juga disediakan percuma sahaja. Ayam kari kampung, terung berlado, lempeng yang dimakan dengan sambal beliau. Kiranya tester la sambal tu. Ada juga tester kek buah. Demo mi goreng menggunakan kicap kak Zaidah pun ada tapi Cie tak rasa pun. Kenyang dah makan nasi dan lempeng. 


Selepas semua makan ada sesi cabutan bertuah. Syarat cabutan 1 group hanya 1 cabutan sahaja. Hadiahnya periuk Dessini untuk masak 2 ekor ayam. Rezeki staf Cie dapat cabutan. Kak Hanim beli RM300 dapat 3 nombor cabutan dan rezeki dapat hadiah periuk. 

Ni la hasil Cie memborong. Takde luck cabutan. 

Selepas sesi cabutan bertuah tu kami semua balik. Semua sekali 12 hospital dan peserta seramai 45 orang. Dari Lipis 4 orang. Dari hospital lain pun ada juga wakil. Masing-masing naik kenderaan jabatan masing-masing. Ada yang naik van jabatan, ada naik kereta jabatan. Kami naik kereta jabatan Mitsubishi. Ada juga naik kenderaan sendiri. 

2 kali singgah kat masjid ni untuk Subuh dan Asar. 2 hari berturut naik kereta ni. Rabu ke Temerloh, Khamis ke Puchong

Group lain naik bas. Tu yang Kak Zaidah tu tanya kami macam mana berkumpul naik bas. Kami cakap la tak naik bas. Memasing naik kenderaan jabatan masing-masing. Macam-macam jenis kenderaan la. Ada proton persona, honda city, toyota innova. HTAA dan HOSHAS je naik van, peserta mereka ramai. 

Cie beli serba sedikit pes, RTE, kuah rojak. Nanti Cie share rasa untuk setiap yang Cie beli. Kicap 6 botol tu bukan semua untuk Cie. Bagi adik beradik sebotol sorang. 


Saja je beli pes tu nak rasa. Kot la ada masa yang tak sempat nak masak tu boleh guna pes tu. 


Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. wah syok lawatan ke tmp camni...beli pes mcm2 tu bole try nanti

    BalasPadam
  2. Terror betul Kak Zaidah masak-masak. Selalu tengok beluau di FB.

    BalasPadam
  3. Sama laa kita Cie, akak pun tak pernah nampak video masak Kak Zaidah ni. Tak tahu pun ada produk keluaran beliau.

    Sedapnya kombinasi lauk makan tengah hari tu - kari ayam dan terung balado.

    BalasPadam
  4. Akak pun baru kenal Kak Zaidah bila Cie cerita ni. Banyak pes Cie beli.

    BalasPadam
  5. Kalau melawat sini mesti beli 1-2 produk ni cie.

    BalasPadam
  6. Kicap tu sedap tak. Selalu nampak live kat fb Dan shopee. Rasanya masuk bakul tapi tak beli lagi.

    BalasPadam
  7. Mesti cie ada beli keperluan yang sedap sebagai ramuan masakan kan..sedapnya dia masak tau..

    BalasPadam
  8. Senang beli pes, sambal dan makanan sedia panas itu. Untung pergi kilang dapat harga murah.

    BalasPadam
  9. bestnya lawatan gini. siap dpn free lunch yer..wahh byk jugak cie memborong pes dan RTE tu

    BalasPadam
  10. Wahhh...Menarik.Sy yg duk KL pun tak tahu ttg akak ni =D

    BalasPadam
  11. Besttt
    Ni
    Seronok kalu ikut join xtvt camni

    BalasPadam
  12. Tak pernah tau juga Zaidah Ibrahim ni.. bagus gak tu, datang lawatan siap dapat makan free. Lumayan juga hadiah cabutan bertuah.

    BalasPadam
  13. nampak sedap ayam goreng tu.

    kicap mee tu fav saya. nyumss

    port parking kat masjid tu kalau area spital takda parking dah 4 kali pusing biasanya akan parking situ

    BalasPadam
  14. Kari ayam dia ada extra bahan...boleh la cuba nnt..Tq for recipe...

    BalasPadam
  15. saya kerap juga beli pes kak zaidah..untung Cie dapat jumpa live
    seronok juga program jabatan macam ni

    BalasPadam
  16. Best ni lawatan ke kilang Kak Zaidah. Resepi ayam kari kampung tu banyak bahan lain patut sedap.

    BalasPadam
  17. linda pun tak pernah nampak kak zaidah ni...adoi, kita tak layan tiktok, sekadar ada untuk beli barang je.. jadi tak tahu la

    BalasPadam
  18. Aiiih nanti KSH tahu sedap tak kak. Saya memang nak beli aneka paste lagi saat di KL nanti. Dah banyak habis paste saya yg beli di sana 😄. Blm pernah beli kalau paste masak lemak. Kalau ada memang akan saya grab juga

    BalasPadam
  19. ammi selalu gak nampak video kak zaidah ni kat TT tapi tak pernahlah lagi beli pes atau produk dia.

    BalasPadam
  20. Kak Zaidah ni popular kat Tik Tok Cee..akak suka beli kicap mee dia tu...nanti nak cuba beli pes plak

    BalasPadam
  21. Cantik Cie dalam live tu 🤭 Faa tak kenal kak Zaidah. Lepas ni boleh usya TT beliau.

    BalasPadam
  22. Bagusnya ada port melawat dan borong produk makanan macam ni! Ramai yang puji produk Zaidah Ibrahim Food ni memang memudahkan urusan memasak kat dapur, praktikal dan sedap.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.