Sampai je terus cari parking. Tanya anak-anak nak makan dulu atau cari baju. Jawapannya nak makan dulu. Mulanya nak makan kat The Chicken Rice Shop tapi tak jadi. Faiz dan Cie nak try makan di Tea Garden. Anak-anak ikutkan je.
Tea Garden
Senang je nak cari Tea Garden Melawati Mall ni. Naik escalator terus nampak. Yang ni nanti Cie buat post lain.
Brands Outlet
Bila dah kenyang perut baru boleh shopping dengan tenang. Cie dapat sambar beberapa helai baju. Anak-anak beli baju dan seluar. Faiz pun join sekali membeli baju.
GSC Cinema
Plan memang nak tengok Chelot. Jadinya terus la ke GSC selepas shopping. Gigih la bawak sekali beg shopping masuk cinema. Review Chelot nanti Cie share post lain.
Mixue
Keluar dari cinema dah pukul 6 lebih so takde apa nak dicari dah. Masa nak ke parking lalu Mixue, singgah la anak-anak nak aiskrim.
Kami tak terus balik. Ajak Faiz ke Aeon Mall Alpha Angle Wangsa Maju pulak. Tujuan nak ke KL semata nak beli Scarlet sebenarnya tapi selit la planning lain sebelum kena side eyes oleh Faiz. Hahaha.
Kiranya malam la jugak gerak balik dan mengadap la jem sikit. Perjalanan patut 2 jam dah jadi 3 jam.






0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.