Melawati Mall: 29 Ogos 2026

29 Ogos cuti sekolah bermula tapi takde plan nak holiday pun. So anak-anak mengajak la babahnya jalan-jalan KL. Babahnya turuti jela. So 29 Ogos tu kami gerak la ke KL dan plan utama nak ke Melawati Mall dan Aeon. 


Sampai je terus cari parking. Tanya anak-anak nak makan dulu atau cari baju. Jawapannya nak makan dulu. Mulanya nak makan kat The Chicken Rice Shop tapi tak jadi. Faiz dan Cie nak try makan di Tea Garden. Anak-anak ikutkan je. 

Tea Garden

Senang je nak cari Tea Garden Melawati Mall ni. Naik escalator terus nampak. Yang ni nanti Cie buat post lain. 




Brands Outlet

Bila dah kenyang perut baru boleh shopping dengan tenang. Cie dapat sambar beberapa helai baju. Anak-anak beli baju dan seluar. Faiz pun join sekali membeli baju. 

GSC Cinema

Plan memang nak tengok Chelot. Jadinya terus la ke GSC selepas shopping. Gigih la bawak sekali beg shopping masuk cinema. Review Chelot nanti Cie share post lain. 




Mixue

Keluar dari cinema dah pukul 6 lebih so takde apa nak dicari dah. Masa nak ke parking lalu Mixue, singgah la anak-anak nak aiskrim. 




Kami tak terus balik. Ajak Faiz ke Aeon Mall Alpha Angle Wangsa Maju pulak. Tujuan nak ke KL semata nak beli Scarlet sebenarnya tapi selit la planning lain sebelum kena side eyes oleh Faiz. Hahaha.

Kiranya malam la jugak gerak balik dan mengadap la jem sikit. Perjalanan patut 2 jam dah jadi 3 jam. 



Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. wahhh sakan tu cie shopping kat MM :) MM ni antara tmpt MZ lepak2 jugak selain KL east mall sbb dua ni dekat jer dari uia/rumah MZ

    BalasPadam
  2. Uish....pasti anak anak seronok nih...JJCM

    BalasPadam
  3. tu dia...ke negeri seberang dia tengok wayang

    BalasPadam
  4. Ini betul2 turun KL utk shopping ni..=D

    BalasPadam
  5. Sronok cuti sekolah ke kl dpt ke shopping mall

    BalasPadam
  6. satu tempat tapi banyak persinggahannya hehe

    BalasPadam
  7. Wahh dtg kl
    Kalu tau blh jumpa cie🤭

    BalasPadam
  8. Mall ini saya pernah lewati, tapi tak pernah masuk 😄. Nantilah kapan2, atau mungkin saat Desember esok. Nak juga ke mall lain yg kami belum pernah visit . Asik KLCC dan bukit bintang je 😄

    BalasPadam
  9. Wah shopping sakan depa hehe... Akk pun selalu juga ke MM tu, tak jauh dgn SG kan

    BalasPadam
  10. Kalau anak-anak punya permintaan ni jaranglah tak ditunaikan kan. Dapatlah jalan-jalan KL sempena cuti sekolah. Ada juga branch Tea Garden kat sini tapi tak pernah masuk makan kat situ lagi. Sentiasa ramai orang. Lama gila tak dengar brand Scarlet ni. Dulu rajin beli brang ni kalau ke Jusco. Sekarang AEON tak pasti ada lagi ke tidak brand ni. Cuti sekolah ni jem di mana-mana, terpaksalah kita hadap.

    BalasPadam
  11. Wah.. seronok juga bawa anak-anak jalan-jalan ke KL, shopping dan tengok wayang. 👍

    BalasPadam
  12. Jauh perjalanan luas kawasan shopping shopingan namanya ni Cie...

    BalasPadam
  13. Dah alang-alang datang KL macam-macam tempat lah singgah eh.
    Hahaha.. adoii.. sekali kena side eyes laaa 😁

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.