Majlis Perpisahan & Majlis Kesyukuran Pertambahan Perjawatan

27 Ogos 2026 yang lepas kami adakan Majlis Perpisahan Pembantu Penyediaan Makanan (PePM) dan Majlis Kesyukuran kerana pertambahan jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (PPPM) di jabatan Cie. 

Buat majlis kecilan saja mana staf yang ada je. Tu je date yang available sebelum PePM tu last day pada 31 Ogos. Beliau resign sebab dapat tawaran jawatan lain, Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi (PTPO) dan lapor diri pada 9 September. So 1-8 September cuti la habiskan mana-mana cuti yang ada. 

Cie buat sekali kesyukuran untuk pertambahan jawatan PPPM, yang Cie pernah share sebelum ni dapat rakan sekerja baru. Yela kan selepas banyak tahun mohon baru la dapat jadi kena la buat sedikit majlis kesyukuran. 


Seminggu lebih je Cie bagitau team nak buat makan-makan, terus mereka pilih menu nak makan apa. Antara menu yang mereka pilih dan masak:
  1. Nasi Putih
  2. Gulai Daging
  3. Ayam Masak Merah
  4. Ikan Masin
  5. Acar Timun
  6. Ulaman
  7. 4 Jenis Sambal (Budu, Tempoyak, Belacan, Cencaluk) 
  8. Buah Campur (Asamboi)
  9. Air Kordial
Ni list yang mereka nak awal-awal tu, bila hari kejadian bertambah pulak. Ada yang dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang hari tu berniat nak belanja so dia beli KFC. Ada yang buat cocktail, bawak kerepek, bawak kek lapis, buat tauhu bergedil dan agar-agar. 










Campur-campur memang penuh perut makan macam-macam. Semua makanan la masuk perut. Makan serba sedikit. Lama tak makan KFC.


Tentatif Majlis:
  1. Aluan Pengacara Majlis (Cie yang jadi MC)
  2. Ucapan Ketua Jabatan
  3. Ucapan dari staf baru PPPM
  4. Ucapan PePM yang resign
  5. Ucapan wakil PePM untuk yang diraikan
  6. Bacaan doa perpisahan dan kesyukuran
  7. Penyampaian Hadiah
  8. Sesi Bergambar
  9. Majlis Makan

Walau sesama sendiri je yang hadir Cie tetap plan tentatif. Supaya berjalan lancar. 

14/18 je yang ada. 4 orang lagi cuti dan kursus

PePM yang resign ni baru je lapor diri kat jabatan Cie pada bulan Mac 2026 hari tu. Lebih kurang 5 bulan je dah dapat offer lain. Lantikan kontrak interim sekarang ni mereka tak terikat untuk stay. Sama ada dapat offer lain atau resign sebab tak berminat. 

Begitulah kerja kerajaan sekarang memang lantikan kontrak je. Bukan terus tetap macam zaman dulu kala. Jadi kebarangkalian untuk orang come and go tu tinggi la.




Walaupun baru je lagi kerja di jabatan Cie, kami sediakan hadiah juga sebagai tanda kenangan. Kami bagi tupperware. Cie bagi beg anyam tu so letak la sekali dengan kotak tupperware tu tak payah balut dah. 


Catat Ulasan

0 Ulasan