Majlis Perpisahan & Majlis Kesyukuran Pertambahan Perjawatan

27 Ogos 2026 yang lepas kami adakan Majlis Perpisahan Pembantu Penyediaan Makanan (PePM) dan Majlis Kesyukuran kerana pertambahan jawatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (PPPM) di jabatan Cie. 

Buat majlis kecilan saja mana staf yang ada je. Tu je date yang available sebelum PePM tu last day pada 31 Ogos. Beliau resign sebab dapat tawaran jawatan lain, Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi (PTPO) dan lapor diri pada 9 September. So 1-8 September cuti la habiskan mana-mana cuti yang ada. 

Cie buat sekali kesyukuran untuk pertambahan jawatan PPPM, yang Cie pernah share sebelum ni dapat rakan sekerja baru. Yela kan selepas banyak tahun mohon baru la dapat jadi kena la buat sedikit majlis kesyukuran. 


Seminggu lebih je Cie bagitau team nak buat makan-makan, terus mereka pilih menu nak makan apa. Antara menu yang mereka pilih dan masak:
  1. Nasi Putih
  2. Gulai Daging
  3. Ayam Masak Merah
  4. Ikan Masin
  5. Acar Timun
  6. Ulaman
  7. 4 Jenis Sambal (Budu, Tempoyak, Belacan, Cencaluk) 
  8. Buah Campur (Asamboi)
  9. Air Kordial
Ni list yang mereka nak awal-awal tu, bila hari kejadian bertambah pulak. Ada yang dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang hari tu berniat nak belanja so dia beli KFC. Ada yang buat cocktail, bawak kerepek, bawak kek lapis, buat tauhu bergedil dan agar-agar. 










Campur-campur memang penuh perut makan macam-macam. Semua makanan la masuk perut. Makan serba sedikit. Lama tak makan KFC.


Tentatif Majlis:
  1. Aluan Pengacara Majlis (Cie yang jadi MC)
  2. Ucapan Ketua Jabatan
  3. Ucapan dari staf baru PPPM
  4. Ucapan PePM yang resign
  5. Ucapan wakil PePM untuk yang diraikan
  6. Bacaan doa perpisahan dan kesyukuran
  7. Penyampaian Hadiah
  8. Sesi Bergambar
  9. Majlis Makan

Walau sesama sendiri je yang hadir Cie tetap plan tentatif. Supaya berjalan lancar. 

14/18 je yang ada. 4 orang lagi cuti dan kursus

PePM yang resign ni baru je lapor diri kat jabatan Cie pada bulan Mac 2026 hari tu. Lebih kurang 5 bulan je dah dapat offer lain. Lantikan kontrak interim sekarang ni mereka tak terikat untuk stay. Sama ada dapat offer lain atau resign sebab tak berminat. 

Begitulah kerja kerajaan sekarang memang lantikan kontrak je. Bukan terus tetap macam zaman dulu kala. Jadi kebarangkalian untuk orang come and go tu tinggi la.




Walaupun baru je lagi kerja di jabatan Cie, kami sediakan hadiah juga sebagai tanda kenangan. Kami bagi tupperware. Cie bagi beg anyam tu so letak la sekali dengan kotak tupperware tu tak payah balut dah. 


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. alhamdulillah...dapat juga meraikan PPem tu.. semoga yang baik2 untuk beliau... seronok juga buat Cie sebab dapat kawan nanti

    BalasPadam
  2. Meriahnya menu. best macam ni...terasa rapat antara office mate

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.Rezeki masing2..People come & go.Yang pasti bag anyam purple & tupperware tu mmg cantik =D

    BalasPadam
  4. Majlis 2 in 1, dengan menu yang meriah. Begitulah.. yg datang kita sambut, yg pergi kita raikan.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah meriah makanan meraikan yang baru mula berkhidmat di tempat Cie dan yang berpindah ke tempat lain. Macam-macam ado.

    BalasPadam
  6. Semoga yang melangkah ke fasa baru terus dipermudahkan, kenangan bersama pasti dirindui.

    BalasPadam
  7. Peh, sukanya ada acara makan-makan macam ni. Alhamdulillah, permohonan Cie untuk rakan sekerja baru diluluskan. Kurang sikit lah, workload Cie ya. Mudah-mudahan.

    BalasPadam
  8. Meriah betul makanannya wpun katanya kecil-kecilan je... seronok bila masing-masing sepakat gini. All the brst utk yg baru join dan yg akan bertukar tempat kerja. Tahniah juga utk yg dapat APC tu

    BalasPadam
  9. kiranya semua pakat2 masak2 dan then sama2 mkn lah yer tu..best nya!

    BalasPadam
  10. Wah,meriahnya menu...
    Yang dapat offer baharu semoga terus cemerlang di tempat baru.. Yang baru datang pasti seronok bekerja dengan Cie..😍

    BalasPadam
  11. kalau beli sendiri mmg dah tidaklah kan KFC tu...ni dah alang-alang ada KFC belasah saja

    BalasPadam
  12. cantik lah beg anyam tu, warna purple pulak tu. selamat bertugas di tempat baru :)

    BalasPadam
  13. Uiiiiiih mantaaap menu2 yg dibawa kak 😍😍😍😍. Banyak dan meriah 😍😍. Apalagi jenis2 sambal tuh 😄👍👍. Rindu kadang suasana meriah begini dikantor trutama jika ada yg nak pindah atau birthday. Pasti kami rayakan juga

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah dapat juga dua majlis sekali. Meriah macam-macam menu ada. Kejap je dah dapat lantikan kontrak lain ye. Ingatkan macam lama baru dapat. Kerja kontrak memang susah sikit selagi tak permenant.Kena pilih peluang yang lebih bagus. Bagus juga idea bagi hadiah dalam beg anyam tu. Beg pun dapat digunakan.

    BalasPadam
  15. Bila ada acara makan-makan pasti ada yang auto nak bawak sesuatu, jadi bertambahlah juadahnya.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.