Sampai je terus cari parking. Tanya anak-anak nak makan dulu atau cari baju. Jawapannya nak makan dulu. Mulanya nak makan kat The Chicken Rice Shop tapi tak jadi. Faiz dan Cie nak try makan di Tea Garden. Anak-anak ikutkan je.
Tea Garden
Senang je nak cari Tea Garden Melawati Mall ni. Naik escalator terus nampak. Yang ni nanti Cie buat post lain.
Brands Outlet
Bila dah kenyang perut baru boleh shopping dengan tenang. Cie dapat sambar beberapa helai baju. Anak-anak beli baju dan seluar. Faiz pun join sekali membeli baju.
GSC Cinema
Plan memang nak tengok Chelot. Jadinya terus la ke GSC selepas shopping. Gigih la bawak sekali beg shopping masuk cinema. Review Chelot nanti Cie share post lain.
Mixue
Keluar dari cinema dah pukul 6 lebih so takde apa nak dicari dah. Masa nak ke parking lalu Mixue, singgah la anak-anak nak aiskrim.
Kami tak terus balik. Ajak Faiz ke Aeon Mall Alpha Angle Wangsa Maju pulak. Tujuan nak ke KL semata nak beli Scarlet sebenarnya tapi selit la planning lain sebelum kena side eyes oleh Faiz. Hahaha.
Kiranya malam la jugak gerak balik dan mengadap la jem sikit. Perjalanan patut 2 jam dah jadi 3 jam.






14 Ulasan
wahhh sakan tu cie shopping kat MM :) MM ni antara tmpt MZ lepak2 jugak selain KL east mall sbb dua ni dekat jer dari uia/rumah MZ
BalasPadamUish....pasti anak anak seronok nih...JJCM
BalasPadamtu dia...ke negeri seberang dia tengok wayang
BalasPadamIni betul2 turun KL utk shopping ni..=D
BalasPadamSronok cuti sekolah ke kl dpt ke shopping mall
BalasPadamsatu tempat tapi banyak persinggahannya hehe
BalasPadamWahh dtg kl
BalasPadamKalu tau blh jumpa cie🤭
Mall ini saya pernah lewati, tapi tak pernah masuk 😄. Nantilah kapan2, atau mungkin saat Desember esok. Nak juga ke mall lain yg kami belum pernah visit . Asik KLCC dan bukit bintang je 😄
BalasPadamWah shopping sakan depa hehe... Akk pun selalu juga ke MM tu, tak jauh dgn SG kan
BalasPadamKalau anak-anak punya permintaan ni jaranglah tak ditunaikan kan. Dapatlah jalan-jalan KL sempena cuti sekolah. Ada juga branch Tea Garden kat sini tapi tak pernah masuk makan kat situ lagi. Sentiasa ramai orang. Lama gila tak dengar brand Scarlet ni. Dulu rajin beli brang ni kalau ke Jusco. Sekarang AEON tak pasti ada lagi ke tidak brand ni. Cuti sekolah ni jem di mana-mana, terpaksalah kita hadap.
BalasPadamWah.. seronok juga bawa anak-anak jalan-jalan ke KL, shopping dan tengok wayang. 👍
BalasPadamPernah masuk sekali je MM tu
BalasPadamJauh perjalanan luas kawasan shopping shopingan namanya ni Cie...
BalasPadamDah alang-alang datang KL macam-macam tempat lah singgah eh.
BalasPadamHahaha.. adoii.. sekali kena side eyes laaa 😁
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.