Kenduri Di Taiping - BLOG ROZIAH @ CIE

Friday 28 July 2023

Kenduri Di Taiping

 CHANGKAT JERING TAIPING

Kenduri Di Taiping

Cuti sekolah bulan 5 yang lepas kami sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sepupu suami di Changkat Jering Taiping. Kali pertama la ni Cie makan kenduri di Taiping.

Lepas check out dari SSL TRADERS HOTEL tu kami terus bergerak ke rumah makcik husband di Changkat Jering. Kami singgah di homestay mak mertua duduk dulu sebelum pergi makan kenduri. Dekat je boleh jalan kaki.

Kenduri Di Taiping
Ibu with adik bobek Rania


Kenduri Di Taiping
Ibu with kakak Joyah Raisha


Kenduri Di Taiping
With encik suami


Kenduri Di Taiping
Oot oot kat homestay


Dah puas oot oot kat homestay tu baru la kami begerak ke rumah kenduri tu. Sampai je tengok menu meriah je. Air pun banyak jenis disediakan. Menu kenduri semua dimasak secara gotong royong. Payah dah nak jumpa masak gotong royong. Selalunya katering je.


Kenduri Di Taiping
Ni sepupu husband masak sendiri


Kenduri Di Taiping
Yang tengah tu umbut kelapa sawit sedap jugak


Kenduri Di Taiping
Memang mantap laksa ni. Cukup rasa. Dah kenyang makan nasi pun boleh lagi makan laksa semangkuk


Kenduri Di Taiping
Bubur pulut hitam


Kenduri Di Taiping
Bergambar dengan pengantin



Kenduri Di Taiping


Kenduri Di Taiping
Door gift lupa nak snap isi kat dalam. Ada sebotol kicap.


Memang Cie rasa semua la dah alang-alang pertama kali makan kenduri di Taiping. Laksa tu memang sedap. Umbut kelapa sawit tu pertama kali makan memang sedap.

Lepas makan kenduri balik semula ke homestay nak bersiap sebelum bergerak ke Manjung pulak rumah my sister. Round negeri Perak cuti kali ni. Nantikan next entry percutian di Pulau Pangkor. Lambat betul nak update. Hihi

No comments:

Post a Comment