Menu Dinner: 10 Mei-15 Mei 2026

Oleh kerana busy terlampau sangat setiap hari nak cukupkan steps 10k tu Cie dah takde share entri menu dinner setiap hari. Tambahan pulak memang dah banyak sangat entri dalam draft tu yang Cie decide untuk himpunkan jela menu dinner untuk seminggu macam yang Cie buat sebelum ni.


Takdela hari-hari korang nak baca entri menu dinner Cie. Lama-lama nanti bosan jugak kan. Cie rangkumkan jela dalam 1 entri. Kot la dapat membantu memberi idea menu apa nak masak kan dan untuk rujukan Cie jugak. Kadang-kadang takde idea nak masak menu apa.

Menu Dinner 10 Mei 2026

10 Mei hari tu Cie masak menu yang simple je. Telur dadar, ikan sungai salai goreng letak bawang dan cili padi, telur masin dan masak lemak pucuk paku.


Ikan sungai salai tu Cie beli kat pasar pagi Sabtu. Cie goreng je. Ada yang keras dan liat. Ada yang sedap rangup je bila gigit. Tengok jenis ikan kot. Pertama kali la jugak Cie goreng ikan salai tu.


Menu Dinner 11 Mei 2026

11 Mei Cie masak ikan bawal bakar, ayam masak tempoyak tu panaskan yang leftover minggu sebelum tu, cendawan tiram goreng tepung bestari, tempe goreng tepung bestari, terung, bendi celur dan budu mangga.


Makan menu macam ni pun dah sedap sangat. Ikan bawal bakar tu cicah dengan budu mangga, cili padi dan bawang. Ada la kuah jugak untuk anak-anak makan Cie panaskan ayam masak tempoyak tu.


Menu Dinner 12 Mei 2026

Untuk 12 Mei pulak Cie masak asam pedas ayam, telur dadar, ikan masin, telur masin, sayur campur ada cendawan tiram, siew pak choy dan taugeh.


Kali ni baru cantik kejadian asam pedas Cie guna kuali biasa baru elok. Masa guna kuali honeycomb tu macam tak pecah minyak. Asam pedas Cie kali ni baru cukup bahan ada kantan, daun kesum, bendi, tomato.


Menu Dinner 13 Mei 2026

13 Mei Cie masak menu kampung lagi. Sekarang ni tekak lagi suka menu kampung je. Cie masak patin tempoyak, telur masin, ikan masin, ikan salai goreng, ulam bayam brazil dan terung. Masa nak makan tu baru keluarkan sambal belacan dari fridge.


Nanti Cie share resipi patin tempoyak style Cie masak. Ada daun kesum dan belimbing buluh. Buat pedas sikit memang sedap. Ikan patin masak sendiri dan kakak Cie masak je Cie makan. Kalau kat kedai memang tak pernah ambil pun menu patin. 


Menu Dinner 14 Mei 2026

Hari seterusnya 14 Mei Cie masak ayam masak kicap, telur dadar, sup daun munggai dan telur, ulaman timun, bayam brazil, terung dan sambal belacan.


Ayam masak kicap tu Cie letak kentang yang Cie potong wedges gaul dengan garam dan kunyit lepas tu Cie goreng dulu. Malas nak goreng ayam Cie terus tumis je.

Sup daun munggai dan telur tu pertama kali Cie masak. Sedap juga rupanya. Ada lagi sikit stok daun munggai dalam fridge tu dah 2 minggu masih elok.


Menu Dinner 15 Mei 2026

Menu dinner terakhir untuk entri ni pada 15 Mei Cie masak sejenis je mi segera goreng dan telur mata. Juga keropok goreng. Takde sayur dah habis stok. Rasa tak best takde sayur. Ulam timun pun dah habis. Tu yang tabur jela daun sup. Cili potong wajib ada.



Mi segera tu Cie campur mi segera cintan, mi segera kari dan tomyam. 4 keping la kiranya. Cie campur je perisa kari dan tomyam tu. Lepas tu Cie bancuh jugak pes tomyam dengan air sikit Cie campur je sekali. Jadi la mi segera goreng tomyam. Ada fish cake dan telur juga. 

Simple tapi sedap dan mengenyangkan. Dah masuk hujung minggu stok bahan mentah dah kehabisan jadinya masak jela apa yang ada.

Ahad baru nak membeli barang dapur. Hari ni Faiz tak free. Cie memang malas nak beli barang dapur sorang-sorang. Ahad la baru pergi beli barang dapur. Nak restock sayur banyak-banyak.




Catat Ulasan

0 Ulasan