Shopping Di IOI Mall Dan Melawati Mall

Masa bercuti di Bangi 1 hingga 2 Mei hari tu Cie ada la shopping sikit di IOI Mall dan Melawati Mall. Takdela banyak mana tapi nak jugak la share kat entri blog ni untuk rujukan akan datang.




Masa kat Brands Outlet IOI Mall beli baju anak-anak sehelai sorang, baju Cie sehelai, stokin Cie. Jenuh pusing 1 BO tu je yang berkenan di hati. 

Masuk Padini, masuk butik lain semua takde yang berkenan di hati. Anak-anak pun susah nak cari apa-apa biar mereka pilih sendiri. Taste tak sama. Nanti kalau kita pilih sure la tak pakai. 

Pergi ke Melawati Mall Cie je beli baju di Three B’s buat pertama kalinya. Tak pernah lagi beli baju kat situ. Jumpa sehelai je yang berkenan di hati. Cukup la dapat dah 2 helai. 

Cie banyak beli jenis blouse ke kemeja entah orang panggil jenis baju macam tu. Dulu selalu beli di Padini. Sekarang Padini dah takde yang berkenan di hati. Banyak beli di BO je dah. 

Ni jela yang Cie shopping kali ni. Bukan plan nak shopping pun sebenarnya. Nak bercuti santai je. Tapi dah nampak depan mata kan sauk jela.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. lama dah tak membeli kat BO, padini. padahal baju2 dia lawa n tak mahal sangat

    BalasPadam
  2. Shopping kadang2 therapy. Tapi kalau selalu sangat, bahaya 🤣

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.