So pagi tadi kami bersarapan di situ la. Cie order roti tampal cheese, Faiz order roti telur cheese, anak-anak order roti milo. Air pulak Cie order air suam, Faiz order kopi o kurang manis, anak-anak order teh o ais.
Roti canai milo
Roti canai milo
Roti telur cheese
Roti tampal cheese (ada telur dan cheese)
Kedai Roti Canai Syed Aziz ni memang sentiasa full house. Banyak pilihan roti canai yang ada. Selalunya kat kedai mamak je ada banyak pilihan roti canai kan. Bila ada kat kedai melayu ni memang jadi tumpuan la.
Kedai ni juga famous dengan hidangan martabak. Kalau bulan puasa tu memang laku martabaknya. Mungkin asalnya jual martabak kot. Orang duk sebut martabak syed.
Menu lain pun ada macam nasi lemak, nasi berlauk, mi kari, nasi ayam. Kami sarapan roti canai jela.







0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.