Raya Haji ni biasanya orang tak ambil kisah sangat bila
Pengisytiharan dibuat. Biasanya ia akan diisytiharkan pada hari terakhir bulan Zulkaedah. Hari Raya Aidiladha akan disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun Islam.
Seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M pada 10 Zulhijjah Rabu, 27 Mei 2026.
Pengumuman dibuat oleh Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Muhammad Affendi Jalaluddin. Tertanya juga ke mana Tan Sri Syed Danial. Biasanya orang duk meneka warna baju beliau.




16 Ulasan
Rasa lain pulak bila orang lain yg isytiharkan....
BalasPadamSelamat menyambut hari raya Aidiladha, Cie. Ouh patut tadi dalam group family cakap atok raya takde. Tukar orang rupanya..
BalasPadamTan Sri Syed Danial kat Perlis, attend majlis Diraja sempena keputeraan Raja Perlis
BalasPadamHaah tertunggu juga warna baju apa sekali eh mudanya. rupanya orang lain.
BalasPadamTengok dekat TV3..keluar tulisan je..hihi..scroll² medsos, eh muda pula yang buat pengisytiharan
BalasPadamPatut la semalam nampak kat FB ada yang share..eh...mulanya ingat prank ke apa ke...sekali betul ye yang announce tu muda...rasa macam first time tengok ni...nampak muka dia cuak dan nervous..first time kan...
BalasPadamTak sempat tgk sbb ralit mnjahit. Raya kali ni tak amik cuti.
BalasPadamJanggal tengok bila pengganti yang announce
BalasPadamKemungkinan besar Indonesia pun sama berarti tgl idul adha di sini dan sana. Tp selagi pemerintah blm umumkan, saya lihat dulu ðŸ¤. Kadang beda juga trutama antara Nadhlatul Ulama dan Muhammadiyah di sini
BalasPadamMungkin Tan Sri pergi haji kot tahun ni sebab tu orang lain yg buat pengisytiharan tu 😄
BalasPadamMZ tak balik kg raya haji ni sbb nak setelkan bersunat razeen...
BalasPadamTak lama lagi..beraya lagi..
BalasPadamPlan dah apa resipi di masak kan..
BalasPadamTSSD nak bagi peluang kepada orang lain kot. Kalau ikut usia beliau pun dah 82 kalau tak silap sebab dia classmate ex-boss ammi masa kat MCKK dulu. Lahir tahun 44
BalasPadamconfirm khamis jumaat tu ramai yg tak masuk kerja hahah
BalasPadamEsok dah raya haji.. Kejap je masa berlalu..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.