So pagi tadi kami bersarapan di situ la. Cie order roti tampal cheese, Faiz order roti telur cheese, anak-anak order roti milo. Air pulak Cie order air suam, Faiz order kopi o kurang manis, anak-anak order teh o ais.
Roti canai milo
Roti canai milo
Roti telur cheese
Roti tampal cheese (ada telur dan cheese)
Kedai Roti Canai Syed Aziz ni memang sentiasa full house. Banyak pilihan roti canai yang ada. Selalunya kat kedai mamak je ada banyak pilihan roti canai kan. Bila ada kat kedai melayu ni memang jadi tumpuan la.
Kedai ni juga famous dengan hidangan martabak. Kalau bulan puasa tu memang laku martabaknya. Mungkin asalnya jual martabak kot. Orang duk sebut martabak syed.
Menu lain pun ada macam nasi lemak, nasi berlauk, mi kari, nasi ayam. Kami sarapan roti canai jela.







13 Ulasan
Bagus ada kedai jual pelbagai jenis roti canai.
BalasPadamNasib baik dia buka balik di Lipis.
Kalau rotinya lembut, sedaplah roti milo tu. Favourite anak² akak dulu.
BalasPadamSelamat menjamu selera
BalasPadamRoti telur cheese tu fav! Rindunyaaa nak makan.
BalasPadamwah ada roti canai milo. Roti canai kalau lembut memang semua suka
BalasPadamBerbaloi singgah sarapan kat sini sebab menu dia banyak pilihan, patutlah sentiasa full house. Kedai roti canai Melayu macam ni memang payah nak jumpa yang variasi macam ni. Selamat menjamu selera Cie sekeluarga, nanti boleh repeat menu lain pulak
BalasPadamIngatkan hangus rupanya roti tampal milo
BalasPadamRoti Canai Milo, ehhh tampal pulak
PadamRoti canai Milo pernah tengok di menu kedai Mamak, tapi tak pernah order. Lamanya tak makan roti canai.
BalasPadamIsssh, kalau ada di KL pasti saya datangi. Jauh pula lokasinya. Sukaaa dengan canai telur. Sebab dia lebih lembut biasanya drpd canai biasa
BalasPadammcm rare jer roti canai milo tu haahah
BalasPadambanyak pilihan camni barulah best!
BalasPadamroti telur cheese tu cam sedapp
Uish.. pertama kali ini Sha tengok roti canai milo.. Menarik untuk dicuba..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.