Krongcong Oleh Ruang Sarapan - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 22 July 2023

Krongcong Oleh Ruang Sarapan

 Kedai Sarapan di Kamunting Perak

Krongcong Oleh Ruang Sarapan


Masa stay di SSL TRADERS HOTEL memang tak ambil sekali breakfast. Nak cari breakfast sedap kat area Taiping tu. Pagi tu Cie pun survey la kopitiam area hotel jumpa la Krongcong Oleh Ruang Sarapan. Beria la guna google maps nak search location.

Sampai je kat Krongcong Oleh Ruang Sarapan tu rupanya belakang hotel je pun. Masa pergi tu macam jauh sebab masuk jalan dalam taman perumahan. Masa balik tu lahai keluar je simpang nampak dah hotel.

Krongcong Oleh Ruang Sarapan
Dari sisi tepi kedai. Bangunan kedai lama. Memang macam zaman dulu.


Krongcong Oleh Ruang Sarapan
Suasana dalam kedai


Krongcong Oleh Ruang Sarapan
Nombor meja pun tulis atas kotak je. Menarik jugak


Krongcong Oleh Ruang Sarapan
Pandangan depan kedai


Krongcong Oleh Ruang Sarapan
Sinki pun menarik

Menu di Krongcong Oleh Ruang Sarapan


Buku menu di Krongcong Oleh Ruang Sarapan juga menarik. Macam kertas kajang masa zaman sekolah dulu. Harga juga agak berpatutan. Rambang mata juga nak pilih menu. Macam nak rasa semua. Hahaha

Krongcong Oleh Ruang Sarapan


Krongcong Oleh Ruang Sarapan


Krongcong Oleh Ruang Sarapan


Cara Memesan Makanan dan Minuman di Krongcong


Kertas pesanan juga macam kertas peperiksaan. Kena tanda dengan pensil apa yang kita nak pesan. Lepas dah tanda tu boleh terus hantar kat kaunter. Jangan lupa tulis nombor meja.

Krongcong Oleh Ruang Sarapan


Krongcong Oleh Ruang Sarapan



Masa kami sampai tu kedai full house tapi rezeki kami ada je meja kosong. Memang sangat terkenal kedai ni. Ramai betul orang datang. Ada yang terpaksa tunggu meja kosong.


Krongcong Oleh Ruang Sarapan
Teh o ais dan kopi ais dihidang dalam plastik dan diletakkan di dalam bekas air macam zaman dulu


Krongcong Oleh Ruang Sarapan
Ni menu yang kami pesan. Semuanya sedap. Lontong tu walaupun warna pucat tapi sedap jugak

Makanan dan minuman kat sini memenuhi selera kami. Patut la ramai orang tak putus datang makan kat sini. Next time kalau datang Taiping lagi boleh la makan kat Krongcong Oleh Ruang Sarapan ni. 

Cie memang suka makan kat kedai makan macam zaman dulu-dulu je. Mengimbau kenangan zaman mak ayah kita dulu. Masa tu maybe kita belum lahir. Kedai kopi kebanyakkan macam ni la suasananya. Kedai papan je takde batu. Kerusi meja pun kayu je.

Memang sangat unik berbanding kedai makan yang moden. Duduk sarapan sambil baca paper minum kopi. Fuhhh macam atok nenek dulu-dulu. Hihi. Sekarang takdela surat khabar kan. Scroll handphone jela memasing.

4 comments:

  1. Wahhh.. sy suka gaya klasik macam ni. Memang pun rasa macam nak order semua, rambang mata tengok menu!

    ReplyDelete
  2. Wah cantik konsep dia, unik..mengimbau zaman sekolah pula ada kertas exam

    ReplyDelete