Setiap wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur, namun hanya sebiji telur dikeluarkan pada setiap kali ovulasi. Stress, penyakit & gangguan pada rutin boleh mempengaruhi proses ovulasi.
Ovulasi terjadi apabila telur matang dikeluarkan dari ovari & ditolak keluar melalui salur falopia. Telur ini sedia untuk disenyawakan & pada masa itu, lapisan uterus (rahim) juga menebal bagi menerima kehadiran telur yang disenyawakan. Jika tidak ada persenyawaan, lapisan uterus & darah akan disingkirkan - menandakan permulaan haid.
Telur boleh hidup selama 12-24 jam selepas meninggalkan ovari. Telur yang telah disenyawakan mengambil masa 6-12 hari selepas ovulasi untuk melekat pada lapisan uterus.
No comments:
Post a Comment