Tip Hangatkan Kasih Sayang - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 14 February 2014

Tip Hangatkan Kasih Sayang

Oleh: HASNITA PaMa
Tarikh: February 3, 2014

Kemesraan dan keintiman pasangan suami isteri menjadi tonggak utama keutuhan rumah tangga yang dibina. Ia boleh dibina dengan kesefahaman dan saling bertolak ansur antara satu sama lain. Justeru hubungan perkahwinan perlu sentiasa dibaja dengan kasih sayang agar terus mekar sepanjang masa.

Biarpun masing-masing sibuk dengan tugasan harian, kerjaya dan anak-anak, namun cubalah mencari masa untuk mencipta waktu berdua. Sekurang-kurangnya peruntukan masa 20 minit setiap hari untuk meluahkan perasaan dan bersembang apa sahaja. Dengan cara ini, ia memberi peluang masing-masing untuk mendengar dan memahami perasaan serta keinginan diri dan pasangan.

Disenarikan beberapa tip yang mungkin boleh dipraktiskan dalam usaha terus menghangatkan hubungan kasih sayang dalam kesibukan masing-masing.

Ciuman manja secara spontan dapat membangkitkan rasa dihargai oleh pasangan. Tidak semestinya ia dilakukan oleh suami, isteri juga boleh sahaja mencium suami bila-bila masa sebagai tanda penghargaan diri. Untuk lebih membuatkan pasangan cair, ungkapkan kata-kata cinta atau mungkin cukup dengan membuat muka manja sambil mengelipkan mata. Tentu pasangan anda rasa gembira!

Sesekali ketika sedang berehat di rumah bersama si dia, berikan urutan kepadanya. Ia sudah tentu melegakan ketegangan dan kepenatan yang dialami dalam menguruskan tugas-tugas di rumah.

Sesekali hantarkan mesej cinta tentang rasa rindu dan sayang kepada dirinya. Apa salahnya mengimbau kembali zaman percintaan anda suatu masa dulu. Tentu sahaja sepanjang hari si dia akan tersenyum sampai ke telinga.

Buat nota cinta ‘Saya sayang awak’ atau ‘I love you’. Mudah dan ringkas sahaja. Tampalkan dimana-mana lokasi di rumah. Tak salah mencuba. Bukan untuk sesiapa. Untuk suami atau isteri anda juga. Pasti hubungan kalian lebih intim dan mesra.

Usah malu untuk memeluk pasangan anda di rumah. Pelukan hangat yang erat sambil mengungkap kata cinta cukup bermakna kepada suami atau isteri.

Kebanyakan lelaki gemarkan pujian daripada seseorang, lebih-lebih lagi daripada isterinya. Isteri bolehlah menepuk bahu si suami sebagai tanda memuji kehebatan dirinya.

Apabila membeli barang, belikan sesuatu kepada si dia sebagai tanda anda mencintai dirinya.

No comments:

Post a Comment