Tips Memilih Juadah Berbuka di Bulan Ramadhan - BLOG ROZIAH @ CIE

Monday 30 June 2014

Tips Memilih Juadah Berbuka di Bulan Ramadhan

As salam
Salam sejahtera

Alhamdulillah 1 Ramadhan telah pun berjaya kita harungi. Berjaya tak anda semua menghabiskan puasa 1 Ramadhan. Alhamdulillah kalau berjaya.

Seperti tahun2 sudah masing2 memuatnaik gambar2 juadah berbuka puasa. Ada yang masak sendiri. Ada yang menjadikan bazar tempat pilihan mereka membeli juadah. Tak kurang juga yang memilih hotel sebagai tempat untuk berbuka. Apa pun makanan yang anda makan. Di mana pun tempat anda makan pastikan ianya halal serta bersih. Yang paling penting elakkan pembaziran.

Jangan ikutkan nafsu ketika membeli makanan. Waktu perut lapar kalau boleh 1 bazar tuh kita nak bawak balik kan. Beli ikut keperluan sahaja. Kalau boleh hadkan jumlah perbelanjaan. Contoh RM10 sahaja dibawa ke bazar dan pastikan hanya menggunakan wang tersebut sahaja untuk membeli juadah. Jangan bawa wang berlebihan.

Pastikan makanan yg anda beli masih kelihatan baik. Faham2 sajalah kebiasaan peniaga menjual semula juadah yg tidak habis hari ini untuk keesokan hari. Dari segi keselamatan makanan memang tak selamat lah.
Makanan yang kita masak hanya tahan sekitar 4 jam sahaja. Jika disimpan didalam peti sejuk dan ingin dipanaskan semula pastikan dipanaskan pada suhu yang betul2 panas dimana kuman akan mati pada suhu tersebut.

Jika makanan sudah kelihatan basi jangan disimpan. Lebih elok jika dibuang sahaja. Jika kita memakan makanan yang basi akan menyebabkan keracunan makanan.

Makanan sangat penting dijaga dari segi kebersihan serta keselamatan untuk memastikan tidak berlaku sebarang pencemaran makanan yang membolehkan kita menerima musibah jika memakan makanan tersebut.

Mencari suplemen utk kesihatan? 

Pengedar Shaklee Kuala Lipis
Jom like PAGE-> Syafiyah Vita Shoppe
Add friend -> Roziah Muhammad Nor
Instagram @syafiyahvitashoppe

No comments:

Post a Comment