Tuesday, 8 July 2014

BISKUT CORNFLAKES


 


BAHAN2:
150 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
180 gm mentega / marjerin
50 gm gula pasir (blend sampai hancur) *kalau malas beli je gula aising
cornflakes *ikut suke nak banyak mana
untuk hiasan pulak: ceri / coklat rice / coklat urai yang kaler2 tuh
paper cup bunga2 yang kecil
 
CARA MEMBUAT:
1. pukul mentega/marjerin n gula...tak payah sampai kembang.
2. kemudian masukkan tepung, cornflakes kacau hingga sebati.
3. ambik sudu kecik pastu sudu kan ke dalam paper cup jangan penuh sangat, jangan sikit sangat...agak2 jela.
4. pastu letak la hiasan atas cornflakes tadi. sedia untuk dibakar. suhu ketuhar agak2 jela ek. bakar hingga masak. siap......

No comments:

Post a Comment