Sunday, 24 August 2014

Coconut Shake Presint 15

As Salam
Salam Sejahtera

Alhamdulillah hari nih hari terakhir Seminar Resepi Kejayaan & Kekayaan. Semoga segala ilmu yang diperolehi akan bermanfaat.

Semalam lepas habis seminar bawak Syafiyah Raisha pergi putrajaya. Sibuk je nak 'ayan jaya'. Layankan jela. Hujan so pusing2 jela kat dataran masjid putra & atas jambatan yang ada lampu2 warna2 tuh.

Oleh kerana hujan tak boleh nak turun jalan2 so pusing2 jela. Lepas dah pusing2 tuh encik babah tanya nak pergi mana. Jawapan ibu pergi makan la. Huhu. Kruuk kriik dah perut ibu kan. Walaupun sepanjang hari makan je.

So encik babah pun bawak la pergi makan kat presint 15. Kedai makan Coconut Shake Special. Encik babah kata coconut shake kat situ sedap. Tapi ibu tak order pun. Ibu nak makan nasi takut muak pulak. Takpe next time kita datang lagi order coconut shake pulak. Pastu nak try nasi ayam penyet.

Menu dinner kita nasi putih, ayam masak kicap, telur dadar, sayur campur, sambal belacan. Penuh semangat ibu & babah makan. Kakak konon2 nak matan ayam shayo tobis. Tak dimakan pun. Dia kunyah2 pastu luah balik. Ambil zat je kot. Huhu.

Suka datang makan kat situ. Servis sangat pantas. Baru masuk je dorg dah standby nak ambil order. Pastu baru duduk kejap makanan dah sampai. Pekerja semua lelaki. Makanan pun sedap. Licin la laki bini makan macam tak cukup pulak. Hihi.

Kalau datang ke putrajaya try la cari kedai makan tuh. Makanan pun sedap. Servis pun cepat. Kedai bersih tapi tengok gred kebersihan gred B. Orang putrajaya mesti familiar dengan kedai tuh. Boleh google lokasi kedai makan tuh senang je nak cari. Kat shoplot sebelah kanan. Sebelah kiri ada pizza hut delivery & dominos.

Selamat berkunjung. ^_^
Semangat nak makan ayam shayo tobis

Sedap makanan kat situ. 

Cik Rania nak makan jugak. Sorry sayang tak boleh makan nasi keras lagi.

Semangat tuh nak makan.

Wayang je kakak nih.

8 comments:

  1. Hmmm... best ke coconut shake? Nak kena try ni.

    http://m.braderpet.com

    ReplyDelete
  2. wow meriahnya makanan... nak trylah coconut shake kat situ...

    ReplyDelete
  3. boleh dicuba kalau ke putrajaya nanti...

    ReplyDelete
  4. wah! akk, mcm nak try je coconut shake kat situ..

    numi dah follow. nt jemput singgah ke blog numi yer..

    tq..

    ReplyDelete
  5. akak tak try lagi coconut shake situ. tapi makanan dia memang best. u ols patut cuba.

    ReplyDelete
  6. Thanks 4 sharing info nie dear..blur dh mai putrajaya nampak nasi kandaq jer byk..hehehe..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amacam hari tuh try tak? Memang pun sana banyak mamak stall je kan.

      Delete