Tuesday, 12 August 2014

Resepi Kepak Ayam Madu



As Salam
Salam Sejahtera

Dah lama mencari resepi kepak ayam madu nih. Akhirnya jumpa jugak. Tiba2 tadi resepi nih melintas di news feed ku. Cargas copy n update kat blog. Nanti senang nak buat. Macam nak buat je weekend nih. Huhu.

BAHAN-BAHAN:
10 ketul kepak ayam
6 ulas bawang putih | ditumbuk
3 sudu makan madu
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk lada sulah
Minyak untuk memanggang  

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam bersama semua bahan sehingga sebati.
2. Kemudian perap semalaman dan simpan di d alam peti sejuk.
3. Akhir sekali, panggang kepak ayam di atas bara api. Renjis-renjiskan minyak dan lebihan perapan pada kepak ayam. Terbalikkan ayam dan panggang sekata. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment