Tips Perjalanan Jauh Bagi Ibu Hamil - BLOG ROZIAH @ CIE

Monday 27 October 2014

Tips Perjalanan Jauh Bagi Ibu Hamil

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Hari nih Cie nak kongsikan tips perjalanan jauh bagi ibu-ibu yang hamil. Jangan ambil mudah tau. Memang perlu penjagaan yang rapi supaya tidak mengganggu kedudukan janin didalam perut ibu.


Apabila berjalan jauh nih tak kira menaiki kereta, kapal terbang, kereta api, feri atau sebagainya memang kena berhati-hati. 

TIPS PERJALANAN JAUH BAGI IBU HAMIL


1. Dapatkan nasihat doktor sama ada perjalanan tersebut sesuai atau tidak dengan usia kandungan anda.

2. Pastikan ibu-ibu mengambil sarapan jika perjalanan diawal pagi bagi mengelakkan perut dimasuki angin.

3. Pastikan ibu-ibu berehat dan tidur lebih awal malam sebelum memulakan perjalanan. Suami atau sesiapa yang ingin memandu juga perlu rehat yang mencukupi untuk elak dari mengantuk.

4. Pakai pakaian yang sesuai dan kasut yang selesa. Elakkan memakai pakaian atau kasut yang ketat.

5. Bekalan makanan dan minuman juga perlu mencukupi supaya tidak berasa lapar atau dahaga ketika keadaan jem atau sebagainya.

6. Letakkan bantal kecil dibelakang serta alaskan bawah punggung dan peha untuk memberi keselesaan.

7. Laraskan sedikit kedudukan kerusi kereta untuk keselesaan.

8. Lunjurkan kaki bagi mengelakkan kaki dari membengkak, urat bersimpul dan membantu melancarkan peredaran darah dengan baik.

9. Perjalanan perlu dirancang dan elakkan dari tergesa-gesa.

10 Kereta juga perlu berada didalam keadaan baik dan perlu diservis sebelum memulakan perjalanan jauh.

11. Pastikan berhenti setiap 2 jam sekali sekurang-kurangnya untuk meregangkan badan dan memperbaiki peredaran darah.

12. Tali pinggang keledar perlu dipakai sebagai langkah keselamatan.

13. Gerakkan kaki, tangan sekerap mungkin untuk memperbaiki peredaran darah.

14. Jika mudah mabuk sila pastikan plastik untuk muntah disediakan atau berhenti seketika untuk memberikan pengedaran udara yang selesa.

Sekian tips perjalanan jauh buat ibu-ibu hamil. Semoga bermanfaat buat ibu-ibu hamil diluar sana.


No comments:

Post a Comment