Kencing Manis Boleh Membawa Maut - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 9 November 2014

Kencing Manis Boleh Membawa Maut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali nih Cie nak berkongsi tentang penyakit Kencing Manis atau Diabetes Mellitus. Nampak macam biasa sahaja penyakit ini tetapi jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan segera boleh membawa maut. Penyakit ini merupakan penyakit keturunan. Dimana Cie pun sangat berisiko untuk menghidapi Kencing Manis kerana arwah mak Cie dulu pengidap kencing manis, arwah nenek Cie pun penghidap kencing. So memang kena jaga betul-betul.

kencing manis atau diabetes mellitus ini sangat merbahaya


APA ITU KENCING MANIS

Kencing Manis atau Diabetes Mellitus merupakan sejenis penyakit dimana paras glukos (gula) adalah tinggi didalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kurang hormon insulin dihasilkan oleh organ pankreas. Insulin berfungsi mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.

JENIS-JENIS KENCING MANIS

Diabetes Jenis Pertama (I)

Juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - Insulin Dependent Diabetes Mellitus) atau diabetes awal remaja. Ia berlaku kerana kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya penghidap diabetes kelas ini mula mendapat tanda-tanda awal semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan kegagalan penghasilan insulin secara semulajadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetes Jenis Kedua (II)

Berlaku disebabkan oleh penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin atau penghasilan insulin yang berkurangan. Ia boleh dikawal secara pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam dan pengambilan ubat secara makan. Suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan sampingan yang serius kepada pesakit.


TANDA-TANDA PENYAKIT KENCING MANIS

Paras Gula  Dalam Darah Tinggi

Boleh melakukan pemeriksaan di hospital untuk memantau tahap paras gula dalam darah. Biasanya ia dapat dikesan selepas memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat tetapi tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.


Kerap Kencing Pada Waktu Malam Serta Kerap Dahaga

Jika terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang akan bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan. Ini membuatkan anda perlu membuang air kecil serta menjadi lebih kerap pada waktu malam. Selepas badan kehilangan banyak air akan membuatkan anda cepat berasa dahaga.

Berat Badan Turun Mendadak

Kehilangan berat badan yang cepat sekitar 2 - 3 kg dalam masa 2 atau 3 bulan kerana tahap gula dalam darah yang tinggi. Tapi anda perlu ketahui bahawa ini merupakan kehilangan berat badan yang tidak sihat kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel dimana ia boleh digunakan sebagai tenaga. Badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.


Sentiasa Rasa Lapar

Pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin maka glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa menyebabkan tahap gula dalam darah kadang kala jatuh secara tiba-tiba dan sekaligus badan memberi isyarat kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi.

Luka Lambat Sembuh

Masalah ini memang seringkali berlaku kepada pesakit kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang bergerak didalam urat dan arteri. Keadaan ini akan menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan sampai ke anggota-anggota badan.

Keletihan dan Cepat Marah

Dalam proses untuk mengimbangi kekurangan glukosa didalam badan membuatkan anda akan merasa cepat letih. Kekerapan anda bangun untuk kencing pada waktu malam juga salah satu penyebab anda berasa letih. Oleh kerana mudah berasa letih menyebabkan pesakit mudah berasa cepat marah.


Terdedah Kepada Jangkitan Kulat

Diabetes mudah melemahkan sistem imunasi seseorang penghidap. Maka lebih mudah untuk dijangkiti pelbagai penyakit dan jangkitan kulat.


Penglihatan Kabur

Apabila glukosa didalam darah terlalu tinggi menyebabkan penglihatan anda akan mudah kabur serta mengubah bentuk kanta dan mata. Gula darah yang tinggi boleh menyebakan kerosakan kekal seperti buta.


Kebas Pada Tangan dan Kaki

Saraf telah dirosakkan oleh penyakit kencing manis menyebabkan pesakit mudah mengalami masalah kebas pada tangan dan kaki, kesakitan membakar serta mudah mengalami bengkak kaki dan tangan. Jika dibiarkan gula darah terlalu tinggi maka pesakit berisiko untuk mengalami masala saraf kekal.


Kulit Merengsa

Kulit disekitar leher atau bahagian ketiak akan lebih mudah menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang pesakit akan mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak terlalu tinggi.


Sememangnya kita perlu mencegah dari terjadinya penyakit kencing manis. Kencing manis jika tidak dikawal boleh membawa maut. CEGAH sebelum TERLAMBAT. Saya nak BEBAS KENCING MANIS.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: syafiyahvitashoppe
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)

Atau boleh juga hubungi PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

No comments:

Post a Comment