Kebiasaan selepas waktu makan malam kita akan beristirehat bersama keluarga sambil menonton televisyen. Masa ini lah kita lebih cenderung untuk mengunyah snek.
Rasa lapar biasanya berlaku apabila hampir waktu nak tidur selepas segala tugasan diselesaikan. Menurut kajian dari Oregon Health & Science University, badan manusia terprogram untuk mendorong kemahuan merasa makanan masin dan manis pada waktu malam.
Sebenarnya ia bukan satu tabiat yang elok. Lebih lagi jikalau kita sedang dalam proses nak kuruskan badan. Pasti mengganggu proses kita untuk turunkan berat badan.
Oleh itu Cie ingin kongsikan 4 TIPS UNTUK KURANGKAN MENGUNYAH WAKTU MALAM
1. LEBIHKAN PENGAMBILAN PROTEIN
Pengambilan makanan berprotein semasa sarapan dapat mengurangkan keinginan untuk mengunyah pada waktu malam.
2. ELAK TIDUR LEWAT
Tabiat tidur lewat akan membuatkan tidur kita tidak berkualiti serta akan membuatkan perut mudah berkeroncong. Nafsu makan akan lebih meningkat dan mendorong untuk mengunyah pada lewat malam.
3. ELAK GABUNGAN KARBOHIDRAT DAN GULA
Elakkan mengambil makanan berasaskan pasta sebagai hidangan makan malam. Gantikan dengan pengambilan sayuran atau dada ayam. Kajian mendapati pertambahan berat badan disebabkan oleh pengambilan makanan yang mengandungi indeks glisemik yang tinggi terutama pada waktu malam.
4. KAWAL NAFSU MAKAN
Semoga tips yang Cie kongsikan nih akan memberi manfaat kepada anda.
Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:
Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook: Roziah Muhammad Nor
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: syafiyahvitashoppe
0129755310 (whatsapp/wechat/telegram)
No comments:
Post a Comment