Resepi Ais Krim Meal Shakes - BLOG ROZIAH @ CIE

Tuesday 19 May 2015

Resepi Ais Krim Meal Shakes

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Layankan request kakak suruh ibu buat ais krim. Ibu sangat busy tak sempat nak buat. Padahal senang je kan. Hihi. Ok la demi anaknda, bonda gigih buatkan juga. Kebetulan bahan-bahan dah memang ada tinggal nak putar je.


Bahan-bahan Ais Krim

1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar gula pasir
1 sudu ovallete

Bahan-bahan Sampingan Ais Krim

3 sudu Meal Shakes
3 sudu serbuk koko
Chocolate chip

Cara Membuat Ais Krim

1. Putarkan kesemua bahan ais krim. Biarkan hingga kembang. Lebih kurang setengah jam.
2. Bila dah agak kembang boleh la stop putar.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk dicampur pelbagai perisa mengikut citarasa anda.
4. Simpan didalam peti beku untuk proses pembekuan. Dah beku boleh makan.

Putar je semua bahan

Bahagikan adunan untuk ditambah perisa

Ready to eat =) 


Senang je kan nak buat. Boleh la try untuk anak-anak. Jimat sikit duit. Ais krim pun kena GST kot. Haha.




Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

No comments:

Post a Comment