Lawatan ke Mas Awana Services Sdn. BhdBhd
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Hari nih membawa rombongan mak jemah melawat Mas Awana Services Sdn. Bhd yang terletak di No 1 Jalan 5 Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi Business Park, 43900 Sepang, Selangor. Objektif utama lawatan ini nak memberi pendedahan kepada staff tentang operasi di Mas Awana. Nak buka minda mereka asyik terperap je kat dapur hospital kan. Sekali sekala kita bawak tengok dunia luar.
Segalanya berjalan lancar. Pihak Mas Awana sangat memberikan kerjasama yang jitu. Layanan first class untuk kami. Rasa sangat bertuah kerana berpeluang melihat sendiri perjalanan operasi mereka.
![]() |
dari kiri my bos Miss Ching, my staff Kak Robi and me |
Mula-mula sampai kami diberi sedikit taklimat tentang perkhidmatan yang disediakan. Taklimat diberikan oleh Encik Mohd. Yunus selaku Assistant General Manager Mas Awana. Encik Yunus nih pada asalnya hanyalah seorang cabin crew je. Tapi beliau mempunyai pengalaman sangat luas tentang airlines.
![]() |
Encik Mohd. Yunus selaku Assistant General Manager Mas Awana |
Selepas sesi taklimat kami dibawa melawat ke kawasan kitchen Mas Awana. Terpegun la jugak tengok suasana kitchen mereka. Kalau dapur hospital macam tuh seronok staff buat kerja. Hihi. Bau makanan semua sedap. Kat situ semua segala proses dari mula penerimaan hingga la penyimpanan sejuk dan sejukbeku produk siap sebelum diedarkan kepada pelanggan. Hanya dipanaskan sahaja sebelum dihidangkan.
![]() |
Staff Hospital Bentong bergambar bersama Encik Zain selaku HR Manager |
![]() |
Staff Hospital Raub |
![]() |
Ahli lawatan bergambar bersama Encik Yunus |
![]() |
Sesi bergambar bersama ahli lawatan dan pihak Mas Awana |
![]() |
Ahli lawatan dari Hospital Kuala Lipis |
Sebelum sesi lawatan berakhir kami dihidangkan dengan menu yang sangat enak. Semuanya sedap-sedap. Siap dihidangkan oleh service crew mereka. Wow layanan yang sangat baik. Tak sangka pulak Mas Awana sangat mengalu-alukan kedatangan kami. Paling best lamb with black pepper sauce tuh bertambah-tambah daku makan tadi. Akhir sekali dessert pun tersangat sedap dan presentation yang sangat menarik. Rasa nak tambah je dessert tuh tadi. Haha. Serious u alls memang sedap. Siap ada ais krim, kek coklat, buah-buah segar lagi.
![]() |
Sementara menunggu makanan dihidangkan sempat lagi berposing. Masing-masing tak sabar dah nak tengok apa makanan yang dihidangkan. Hihihi |
![]() |
Taraaaaa. Nih la menu yang dihidangkan untuk kami. Meriah kan. Lepas makan banyak-banyak telan omega dan lecithin banyak-banyak |
![]() |
Sangat best dessert nih. Rasa nak tambah je lagi tapi dia bagi 1 je. Hihihi |
![]() |
Selesai dah makan. Kenyang. |
Selepas makan-makan sesi penghargaan. Segan pulak sebab kami bagi plaque murah je. Hihi. Tapi keseluruhan memang terbaik dari Mas Awana. U alls kalau nak kerja boleh la try mintak kat situ. Gaji mahal, makanan staff pun disediakan so jimat dah duit makan kan. Kalau berminat boleh direct contact Human Resource Manager, Encik Mohd Zain di talian 03-87061059.
![]() |
Ucapan penghargaan dari bos kami |
![]() |
sesi pemberian plaque sebagai cenderahati |
![]() |
buah tangan dari chef |
![]() |
biskut dalam box yang comel di atas tuh |
![]() |
plaque yang kami bagi |
Rasa macam nak datang melawat je lagi kat sana. Banyak pendedahan yang kita boleh nampak tentang operasi mereka. Lebih kurang juga dengan perkhidmatan di dapur hospital cuma kita tak mendapat keuntungan selepas perkhidmatan.
Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:
Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook: Roziah Muhammad Nor
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
No comments:
Post a Comment