Selamat Hari Lahir Ayah - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 12 May 2015

Selamat Hari Lahir Ayah

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

8 Mei hari lahir ayah kesayangan daku. Ayah lahir tahun 1938. Sekarang nih usia ayah dah 77 tahun tapi Alhamdulillah ayah masih sihat dan kuat. Sabtu baru nih buat makan-makan sikit simple je menu. Mula-mula nak buat brownie tapi air takde pulak so tak buat lah brwonie nya. Dah berbulan nak buat brownie konon-konon tapi tuhla takde masa nak buat.

Sempena hari lahir ayah nih daku doakan supaya ayah sentiasa diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan ayah. Ayah sangat banyak berkorban untuk kami adik beradik. Tidak terbalas segala jasa dan pengorbanan ayah sejak dari kami lahir lagi. Kalau mak ada lagi seronok. Rindu sangat kat mak. Semoga mak tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. SELAMAT HARI LAHIR AYAH.


adik nih dah terjangkit peel kakak tak suka berposing. huhu


tengok tuh kakak buat muka pulak. dia sibuk nak main wedges tuh.


nak pulak pandang. dah bersila depan mee tuh sebab nak main kacau-kacau


cheezy potato wedges buat sendiri tau. beli cheese je.


sate kak long beli


mee goreng selerak namanya. hahaha. terlebih potong daun sadri so jadilah bersepah.

Kan simple je menu kami. Tunggu semua ada balik nanti baru lah buat yang meriah sikit.

Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE




No comments:

Post a Comment