Koleksi Baju Raya 2015 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 25 June 2015

Koleksi Baju Raya 2015

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Baru hari ke 8 kita berpuasa dah sibuk nak cerita baju raya kan. Hahaha. Sebenarnya beberapa hari lagi sebelum puasa kami anak beranak dah shopping baju raya. Hahaha. Lagi tak bersabar kan. Bukan apa cuma malas nak cari masa bulan puasa. Faham-faham sendiri jela kan. Boleh mendatangkan pergaduhan tau nak pilih baju raya time perut tak berisi nih. Hihihi. Tahun 2015 nih senang sikit nak cari baju sebab adik dah besar. Boleh la cari baju sedondon satu keluarga kan.

Kat entry lama ada cerita tentang TEMA BAJU RAYA 2015. So kami decide untuk cari baju raya sedondon di GENE MARTINO. Disebabkan kat situ banyak pilihan untuk tema sedondon so Cie pun google la kat mana lokasi yang mudah untuk kami pergi. Kat Pahang tak banyak yang ada paling dekat di Temerloh. Tapi macam tak best sebab takde mall untuk shopping baju biasa untuk anak-anak. So yang paling mudah nak pergi kat Wangsa Walk. Maka ke situ la kami mencari baju raya sedondon untuk tahun nih.

Kalau ikutkan dulu husband nak colour ala-ala purple. Cari kat situ takde yang menarik colour purple maka dengan itu kena tukar colour lain. Hihi. Tak kisah la kan asalkan boleh sedondon 4 beranak. Cari punya cari Cie duk berkenan kat colour turqoise tuh macam menarik je. Dah la daku nih suka colour turqoise so terus tunjuk kat husband then husband pun setuju. Tanya size semua ada so terus la beli.


tema baju raya 2015


Murah jugak la beli kat situ ada diskaun then tambah rm10 kalau tak silap boleh dapat jadi ahli terus. Dapat diskaun voucher rm50, dapat pencil case, dapat sampul duit raya. Memang berbaloi la. Next time boleh shopping lagi kat Gene Martino alang-alang dah jadi ahli kan.

Baju dan kain anak-anak kena alter sikit sebab labuh sangat. Dah macam pakai jubah budak berdua tuh. Hihi. Alter pun dah settle. So senang tak payah nak fikir dah pasal baju raya kan. Baju biasa pun dah beli poney. Cari yang lain susah nak dapat sedondon 2 beradik so pergi cari kat poney AEON Wangsa maju kebetulan ada sales dan memang ada sedondon. So ibu rembat 2 pasang sorang. Cukup la kan. Tak elok membazir. Hihi. Ibu pun sepasang je beli. Cari kat AEON jumpa kain cotton then terus rembat konon-konon nak pakai pergi kerja. Takpela kalau berkenan nanti pakai la time raya. Lepas tuh baru pakai pergi kerja. Hihihi.

Lepas nih tinggal nak fikir biskut raya je pulak. Baju raya dah settle.

Tagline Gene Martino 'Keluarga Sedondon Keluarga Bahagia'



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

No comments:

Post a Comment