Petua Dapatkan Anak Kembar - BLOG ROZIAH @ CIE

Wednesday 8 July 2015

Petua Dapatkan Anak Kembar

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Semua orang pasti mempunyai impian untuk memiliki anak kembar kan. Bukan apa kalau anak kembar nih senang. Sekali mengandung keluar 2 3 orang terus kan senang. Hahaha. Tapi susah juga nak jaga anak kembar nih. Selalunya kehendak mereka sama. Bila seorang menangis nak susu yang lagi seorang pasti menangis jugak kan. Kena bersedia dari segi mental dan fizikal kalau nak mempunyai anak kembar nih.

Daku nih takdela teringin sangat nak anak kembar. Secara tak langsung dah dapat kembar. Hahaaa. Yelah ke mana pergi bawak kakak dan adik mesti ada yang tanya kembar ke. Padahal macam nampak kakak lagi besar dari adik tapi mungkin disebabkan mereka selalu memakai baju serupa kot. Mana la tau kot masin mulut mereka yang cakap tuh kan. Hihi.



Kat sini Cie nak kongsikan Petua Untuk Dapatkan Anak Kembar. Mana la tau kot ada rezeki u ols yang nak dapatkan anak kembar tuh kan. I ols stop dulu tunggu adik besar sikit baru lah kot terfikir nak tambah lagi. Hihihi.

petua dapatkan anak kembar


Petua Dapatkan Anak Kembar

Faktor Genetik

Biasanya kalau didalam salasilah keluarga ada pasangan yang mempunyai anak kembar, besar kemungkinan untuk kita dapatkan anak kembar. Ini berlaku disebabkan oleh penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa. Macam Cie ada salasilah keluarga kembar. Mak saudara ramai lahirkan anak kembar. Kira sepupu ramai yang kembar la. Kakak ipar pun ada anak kembar. Nampaknya besar kemungkinan boleh nih. Hahaha.

Umur

Potensi yang lebih besar untuk mendapatkan anak kembar ialah ketika usia wanita menjangkau 35-40an ke atas. Semasa proses ovulasi mereka lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum kerana proses tersebut telah terganggu oleh prose perimenopause. Yang nih daku belum layak sebab umur daku baru nak masuk 31 tahun bulan November nih. Hihihi.

Bilangan Anak

Peluang yang lebih tinggi untuk dapatkan anak kembar jika seseorang invidu itu pernah melahirkan anak yang ramai. So daku belum termasuk lagi la sebab anak baru 2 orang je. huhuhu.

Berat Badan dan Ketinggian

Wanita yang mempunyai lebih berat badan dan lebih ketinggian akan lebih cenderung untuk mendapatkan anak kembar. Daku tak layak sebab berat bawah 55kg dan tinggi pun ala-ala je. Hihi.

Diet

Diet nih bukan lah kena diet baru boleh dapatkan anak kembar. Pengambilan makanan yang mempunyai kandungan estrogen yang tinggi boleh meningkatkan kecenderungan mendapatkan anak kembar.

Pengambilan Ubat Kesuburan

Dengan pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan seseorang untuk menghasilkan 2 ovum dalam 1 proses ovulasi.

Amalkan Memakan Ubi, Kentang, Susu

3 jenis makanan ini dikatakan dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh mendapatkan anak kembar. 

Doa Untuk Dapatkan Anak Kembar

Amalkan bacaan Surah As-Saaffaat (Ayat 120) dan Surah As-Syura (Ayat 50). Insyaallah semuanya aturan yang maha Esa. Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha untuk mendapatkan.



Selamat mencuba ye u ols. Mana la tau Allah nak bagi rezeki anak kembar. Kan untung tak perlu mengandung banyak kali. Hihihi.






Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

4 comments:

  1. dulu ada juga berangan-angan nak anak kembar....

    ReplyDelete
  2. berangan gak nk dpt kembar...hihihi...byk faktor2 kt atas tu yg kena pd diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah kalau ada rezeki dapat lah. doa banyak2 tau.

      Delete