Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Tak lama lagi semua umat Islam di seluruh negara akan menyambut hari raya kan. Mesti ibu-ibu sedang gigih menyediakan segala persiapan untuk keluarga. Yang paling gigih mungkin ibu-bapa yang pertama kali menyambut hari raya bersama bayi baru. Yelah sebelum nih hanya berdua suami dan isteri je. Mesti seronok dan teruja kan. Segala persiapan perlu dibuat secukupnya untuk si manja yang pertama kali nak menyambut Aidil Fitri.
Sebelum hari raya menjelang ibu-bapa perlu membuat persiapan pakaian bayi serta memikirkan situasi apa yang akan bakal berlaku apabila beraya bersama bayi nanti.
Selamat menyambut Aidil Fitri bersama bayi baru anda.
Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

6 Perkara Yang Perlu Dijangka Bila Beraya Dengan Bayi
Memulakan Perjalanan
Perjalanan ke kampung halaman mungkin mengambil masa yang terlalu panjang, jadi pastikan ibu menyediakan makanan yang mencukupi jika bayi sudah boleh makan supaya bayi tidak berasa lapar jika perjalanan jauh. Permainan juga perlu disediakan supaya bayi akan leka bermain dan tidak banyak ragam.
Risiko Bayi Disuap Makanan Yang Tidak Sepatutnya
Jangan terkejut jika nanti ada yang 'baik hati' untuk menyuapkan makanan yang tidak sepatutnya kepada bayi anda. Perlu diingat ye makanan orang dewasa boleh menganggu sistem penghadaman bayi atau menyebabkan alahan kepada bayi. Bersedialah untuk menghadapi dan menghalang situasi ini daripada berlaku. Beritahu secara berhemah supaya tidak ada yang berasa kecil hati.
Bayi Enggan Tidur Siang
Keriuhan suasana dikampung halaman apabila sanak saudara berkumpul membuatkan rutin tidur siang bayi anda akan terganggu. Cuba cari masa yang sesuai untuk masuk ke dalam bilik dan jauhkan dari suasana bising tersebut supaya bayi anda tau itu adalah masa untuk dia tidur.
Jangan Lupa 'Nursing Cover'
Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi pastikan tidak lupa untuk membawa 'nursing cover' sepanjang masa supaya lebih mudah untuk anda menyusukan bayi anda walaupun sedang berbual dan berkumpul dengan sanak saudara.
Baju Raya
Pastikan memilih pakaian bayi anda dengan pilihan fabrik yang selesa dan tidak mudah merengsakan kulit bayi yang sangat lembut. Elakkan daripada memilih baju yang sarat dengan manik mahupun renda yang boleh membuatkan bayi tidak selesa jika memakainya.
Serangan Daripada Semua Sepupu
Hati-hati jangan membiarkan bayi anda tinggal berseorangan kerana mungkin akan diganggu oleh sanak saudara termasuk sepupu-sepupu kanak-kanak. Mereka mungkin tidak tau cara untuk memegang atau bermain dengan bayi anda.
Selamat menyambut Aidil Fitri bersama bayi baru anda.
Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:
Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook: Roziah Muhammad Nor
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
musim raya adalah musim kebanyakan anak-anak tak cukup tidur...
ReplyDeleteMemang sangat bila dah beraya dengan anak kecil.. Banyak perhatian kena beri.. Kadang2 mak nak makan pun tak sempat. Hihi
ReplyDeletekalau balik raya lama kena ada check list.... takot ada barang tertinggal.. heheh....
ReplyDelete