5 Petua Mencegah Jaundis - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Monday 13 July 2015

5 Petua Mencegah Jaundis

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Jaundis atau demam kuning disebabkan oleh peningkatan kadar bilirubin dalam darah bayi. Warna kuning akan kelihatan pada kulit dan biasanya berlaku sejurus selepas kelahiran atau 2 hingga 3 hari selepas kelahiran. Kebiasaan berlaku kepada ibu bapa yang mempunyai darah jenis O. Alhamdulillah kedua-dua anak Cie memang tak kena jaundis. Walhal suami isteri darah jenis O.

5 petua cegah jaundis


Pelbagai cara dikatakan mampu mengurangkan risiko jaundis yang perlu diamalkan ketika mengandung.

5 Petua Cegah Jaundis

Buah Delima

Makan buat delima atau minum pati buah delima setiap hari. Yang nih memang amalkan makan selain dari bagus untuk kulit bayi. Susah jugak nak dapatkan buah delima nih. 

Madu Lebah

Makan madu tanpa air atau minum air bancuhan madu setiap hari. Tak pernah try sebab tak suka minum madu mentah-mentah camtu. Kalau perap dengan ayam boleh lagi telan.

Buah Kurma

Memang tidak dapat dinafikan lagi khasiat buat kurma. Sangat bagus diamalkan ketika mengandung. Memang setiap hari amalkan makan kurma nih.

Air Kelapa Muda

Amalkan minum air kelapa muda ketika dah masuk trimester yang ketiga. Air kelapa juga dikatakan baik untuk bayi yang dikandungkan. Kulit bayi juga dikatakan lebih cantik jika mengamalkan minum air kelapa. Yes memang Cie amalkan juga minum air kelapa nih. 

Jeruk

Elakkan memakan sebarang jenis jeruk. Selain dari tiada khasiat ia juga tidak elok untuk bayi yang dikandungkan. Cie memang tak makan jeruk time menagndung. 


Kesemua ini hanya sekadar petua. Kesan bergantung kepada individu tersebut. Kalau boleh elakkan mengidam ketika mengandung. Jaga pemakanan ketika mengandung supaya tidak memudaratkan bayi didalam kandungan. Boleh refer Panduan Pemakanan Semasa Hamil. Selain mengamalkan pengambilan suplemen yang mencukupi.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

No comments:

Post a Comment