Kuih tempatan tak semua orang pandai nak buat kan dan tak semua orang suka makan. Cie memang suka kuih tempatan. Masa sekolah dulu ada la belajar buat kuih tempatan nih. Takdela susah sebenarnya. Dulu masa ada mak, mak selalu buat macam-macam jenis kuih. Tapi mak biasa buat tanpa sukatan. Adun-adun je jadi jugak. Sekarang nih bila mak dah takde kalau nak masak apa-apa memang minta bantuan encik google jela. Hihi.
Semalam duk tengok kawan masa belajar dulu tunjuk gambar kuih abok abok nih. Daku rasa macam sedap jugak kuih nih. Terus gigih nak buat hari nih. Oleh kerana bahan senang sangat maka terus rajin nak buat.
Resepi Kuih Abok Abok
Bahan-bahan Kuih Abuk Abuk
3 cawan sagu putih1 cawan kelapa parut
1 sudu teh garam
Sedikit gula kabung / gula melaka
Daun pisang yang telah dilayur atas api
Sedikit pewarna merah, hijau, kuning
Cara Membuat Kuih Abuk Abuk
Panaskan pengukus terlebih dahulu sementara nak membungkus kuih.![]() |
Campurkan sagu, kelapa parut dan garam. Gaul hingga sebati. Bahagikan kepada 4 bahagian untuk dicampur dengan pewarna. 1 bahagian dibiarkan putih sahaja. |
![]() |
Bahagian pertama digaul dengan pewarna merah. 1 sudu kecil je pewarna merah. Gaul sebati. |
![]() |
Bahagian kedua gaulkan dengan pewarna kuning 1 sudu teh je. Gaul sebati. |
![]() |
Bahagian ketiga gaulkan dengan 1 sudu teh pewarna hijau. Gaul sebati. |
![]() |
Yang nih gula kabong dihancurkan. Kalau takde gula kabong boleh guna gula melaka. Untuk dijadikan inti. |
Cara Membungkus Kuih Abok Abok
![]() |
Letakkan sagu diatas daun pisang. Kemudian letakkan pula gula kabong atau gula melaka. |
![]() |
Letakkan lagi sagu diatas gula kabong tadi (tutupkan gula kabong). Kemudian lipatkan daun pisang seperti membuat lepat. |
![]() |
Susun atas pengukus. Kemudian kukus selama 25-30 minit atau sehingga masak |
Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:
0 Comments