3 Cara Atasi Sembelit - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sabtu, 25 Julai 2015

3 Cara Atasi Sembelit

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Sembelit seringkali terjadi kepada kebanyakkan orang terutama sekali setelah usia semakin meningkat. Kadangkala kedengaran ibu bapa yang merungut tentang masalah sukar untuk membuang air besar. Sembelit terjadi apabila kekerapan membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan bentuknya juga tidak normal.

cara elak sembelit


Bukan terjadi kepada mereka yang meningkat usia je. Bahkan Cie pernah kena selepas melahirkan kakak. Masa tuh masih dalam pantang. Kalau dikenang memang serik sangat. Rasa nak menangis. Dekat setengah jam duduk dalam tandas je. Nak teran kuat takut kesan jahit selepas c-section tuh terbuka. Terpaksa makan pil beli kat farmasi. Tuh pun kurang berkesan. Takkan setiap hari nak makan pil sembelit baru ok kan.

Sebenarnya sembelit boleh dicegah. Jangan dibiarkan kerana dibimbangi akan bertukar kepada penyakit lain seperti buasir ataupun kanser unsur. Kalau nak tau pentanda awal kanser usus ialah sembelit. Bila dengar ngeri je kan. Dah la susah nak membuang. Ditambah pulak mendapat kanser usus. Mintak dijauhkan.

Ada tiga cara yang boleh diamalkan untuk mencegah sembelit iaitu diet tinggi serat, cairan dan aktiviti fizikal. Tiga cara nih penting supaya najis boleh bergerak dengan lancar.

Diet tinggi serat terdiri dari jagung, beras merah, roti gandum, pisang, betik, brokoli, badam, bijirin oat, barli dan banyak lagi. Diet tinggi serat ini juga bagus untuk mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau yang menghidapi diabetes.

makanan tinggi serat



Cairan juga penting untuk mencegah dari sembelit. Kekurangan cairan didalam badan akan mengganggu sistem pencernaan. Kita perlukan air yang cukup untuk menghadamkan semua makanan yang kita makan dan seterusnya akan mengeluarkan semula makanan yang tidak dapat dicernakan. So kalau kekurangan cairan maka kita tidak dapat menyingkirkan lebihan sisa makanan melalui proses pembuangan air besar dan sekaligus menyebabkan berlakunya sembelit.

8 gelas sehari


Aktiviti fizikal perlu dilakukan untuk membantu pergerakan usus yang lebih sihat. Pastikan tubuh sentiasa bergerak aktif dan elakkan duduk terlalu lama. Senaman ringan boleh dilakukan seperti berjalan selama lebih kurang 30 minit atau berjoging. Terpulang kepada kesesuaian dengan usia kita.

senaman ringan


Tetapi jika semua perkara diatas sudah dilakukan tetapi masih dibelenggu masalah sembelit, jangan risau. Disini Cie nak cadangkan 2 produk Shakler yang boleh membantu anda. Cie sendiri pernah mengalami sembelit ketika didalam pantang dan alhamdulillah selepas amalkan pengambilan ostematrix dan herb-lax sangat membantu masalah sembelit Cie. Tak perlu lagi makan pil dari farmasi. Lega sangat rasa.

Ostematrix nih mempunyai kandungan magnesium yang boleh membantu untuk memudahkan rembesan sisa keluar dari perut dan usus so sekaligus membantu masalah sukar membuang air besar.

cara atasi sembelit


Manakala herb-lax pula merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan terlalu lama didalam tubuh kita. Sangat membantu masalah sembelit. Tindalan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan pergerakan usus dan sudah semestinya membantu masalah sembelit.

cara atasi sembelit


Kalau anda ada masalah sembelit yang sangat kronik jangan segan silu untuk hubungi Cie ye. Insyaallah Cie cuba bantu berikan konsultasi yang terbaik untuk masalah anda.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan