0
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Hari nih mood berdebar-debar. Pertama berdebar sebab nak closing bisnes Shaklee hari nih. Semoga dipermudahkan. Kedua berdebar nak tinggalkan anak-anak esok demi tanggungjawab terhadap kerja. Semoga dipermudahkan semuanya. Tak keruan rasa nak tinggalkan anak-anak. Harap-harap mereka baik-baik je. 

Dalam berdebar-debar sempat jugak masak lunch tadi. Cie nih seminggu sekali je masak untuk husband. Kami duduk berjauhan. Hujung minggu je menemukan kami. So hari nih Cie masak menu nasi kaki ayam. Pelik ke pelik? Tak pelik aih kita buat dia kan. Yang penting resepi-resepi Cie semua mudah disediakan.

Resepi Nasi Kaki Ayam




Resepi dan Cara Membuat Nasi Kaki Ayam

2 cawan beras
3 cawan air rebusan kaki ayam
1 biji bawang putih dihiris
1/2 biji bawang besar dihiris
1" halia dihiris halus
Sedikit garam
Sedikit marjerin
Sedikit pewarna hijau

Beras tuh kena cuci bersih dan toskan. Ketepikan dulu kemudian panaskan marjerin dalam kuali dan tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar sehingga layu dan garing. Tutupkan api. Masukkan beras ke dalam periuk, air rebusan kaki ayam, bahan tumis, garam dan sedikit pewarna hijau. Kalau ada daun pandan boleh masukkan juga. So boleh la on kan rice cooker. Biarkan hingga masak. Sementara tunggu nasi masak boleh buat benda lain.

Resepi dan Cara Membuat Ayam Goreng untuk Nasi Kaki Ayam

8 ketul ayam direbus
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap manis
Minyak untuk menggoreng

Perapkan ayam dengan sos tiram, madu, kicap manis lebih kurang 1 jam. Dah siap perap boleh goreng macam biasa. Lebihan kicap perapan tuh boleh curah atas ayam yang dah siap digoreng.

Resepi dan Cara Membuat Sup Kaki Ayam

4 ketul kaki ayam
1 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
1" halia
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sup
Air rebusan kaki ayam
Sedikit garam
Sedikit minyak masak

Panaskan minyak dan Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga garing. Masukkan air rebusan dan kaki ayam perasakan dengan garam. Setelah masak taburkan bawang goreng dan daun sup.

Resepi Sos Nasi Kaki Ayam

1 biji bawang putih
3 biji cili merah
1/2 biji tomato
1 sudu kecil cuka
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit tepung jagung dibancuh dengan air

Kisar semua bahan kecuali tepung jagung. Letakkan didalam periuk dan masak hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kalau taknak pekatkan kuah tak perlu masukkan tepung jagung. Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan.

Bahan Sampingan Nasi Kaki Ayam

1/2 biji timun dihiris
1 biji tomato dihiris
4 kelopak salad lettuce

Sudah siap nasi kaki ayam ku. Senang je nak sediakan. Tak perlu bahan-bahan yang susah nak dapat. Campak-campak je siap untuk dimakan. Selamat mencuba.

Post a Comment Blogger

 
Top