Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Seksanya nak update blog bila quota dah habis. Dalam masa 10 hari je Cie dah guna data 5gb. Biar betul kan maxis nih. Lagi 20 hari nak survive dengan line yang slow. Pengsannnnnnn. 3 4 hari Cie senyap je tak blogwalking dan tak tulis entry sebab line yang sangat slow kat PULAPA Jengka. Berkursus kat sana 3 hari 2 malam.
Mesti ramai tak tahu yang kita boleh berkursus di Pusat Latihan Pertahanan Awam secara percuma je tau. Actually banyak lagi pusat latihan yang kita boleh berkursus tanpa bayaran untuk penginapan. Macam kat PULAPA Jengka nih hanya bayar bayaran makan, bayaran dobi. Bayaran makan untuk 5 kali hidangan RM20 je sekepala. Duit dobi RM10 seorang. Murah je kan.
Bilik urusetia sangat selesa siap ada televisyen, peti sejuk, air-cond, katil, kerusi, meja, almari, penyidai tuala, katil dan banyak lagi la. Ok la kan bilik percuma tapi dapat kemudahan yang lengkap. Memang berbaloi la kita tumpang berkursus kat situ. Memang selesa sangat. Dewan makan yang sangat cantik dihias nampak menarik je. Dewan seminar yang sangat luas boleh menampung lebih 100 orang. Peserta kursus kami 40 orang je. Urusetia 7 orang je.
Makanan yang dihidangkan pun sedap-sedap. Mujur tak lama kat sana kalau tak bertambah mengembang la jawabnya kan. Tapi tak selera pun nak makan teringat kat anak-anak dara ibu. Hihi.
3 hari 2 malam penuh dengan aktiviti bermula dari 6.30 pagi senaman pagi sampai la malam. Tapi best sebab peserta semua sporting. Bekerjasama dengan urusetia. Penceramah yang dipanggil pun kebanyakkan tak membosankan. Ada je aktiviti yang penceramah buat untuk peserta. So peserta tak bosan, tak mengantuk. Mereka enjoy je. Rata-rata peserta nak join lagi kalau ada kursus next year. Bukan setakat peserta je Cie yang urusetia nih rasa nak join lagi. First time Cie jadi urusetia.
Overall kursus kali nih memang best. Penginapan selesa, makan minum sedap, dewan seminar yang selesa, peserta sporting, urusetia pun sekepala mudah untuk bekerjasama. Semoga next year berpeluang lagi menjadi urusetia untuk kursus kepada Pembantu Penyediaan Makanan.
No comments:
Post a Comment