Kek Tiramisu Cheese Kukus - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 6 September 2015

Kek Tiramisu Cheese Kukus

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Apa aktiviti hujung minggu anda? Cie lepak kat rumah je. Kemas-kemas my SOHO (small office home office), check stock, follow up customer. Anak-anak dah keluar dengan babah. Ibu nak duduk rumah je. Actually nak share resepi kek tiramisu cheese kukus buat minggu lepas tapi tak sempat nak update kat blog. So hari nih ada masa nak tulis.

Kek tiramisu nih kegemaran Cie. Masa praktikal kat Holiday Villa Cherating dulu memang suka makan. Susah nak cari yang halal. Baru nih terjumpa resepi kek tiramisu yang mudah je nak buat. Terus gigih buat. Memang best tau.

Resepi Kek Tiramisu Cheese Kukus



Bahan-bahan Kek Tiramisu Cheese Kukus

Bahan A:
4 biji telur
1 sudu besar ovallete
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder

Bahan C:
1/4 cawan minyak jagung
200 ml santan (kotak kecil)

Bahan D:
1 sudu besar nescafe (dibancuh dengan 1 sudu kecil air suam)
1 sudu besar serbuk koko

Bahan Topping:
1 cawan cream cheese
5 sudu besar susu pekat manis
1/2 tin susu cair

Cara Membuat Kek Tiramisu Cheese Kukus

Pukul bahan A hingga kembang dan gebu. Sementara nak tunggu kembang dan gebu boleh ayak bahan B. Bila dah agak gebu perlahankan mixer kemudian masukkan bahan C. Pukul dalam 1 minit terus masukkan bahan B. Pukul lagi hingga sebati dan off mixer. Panaskan pengukus.

Bahagikan kepada 3 bahagian. Ambil bahan D. Bahagian pertama biarkan adunan asal. Bahagian kedua campurkan dengan serbuk koko. Bahagian ketiga campurkan dengan serbuk nescafe yang sudah dibancuh tadi.

Masukkan bahagian pertama ke dalam loyang kukus selama 5 minit. Masukkan bahagian kedua pula dan kukus lagi selama 5 minit. Akhirnya bahagian ketiga dan teruskan mengukus hingga 20 minit.

Sementara nak tunggu kek masak sepenuhnya boleh pukul bahan-bahan topping hingga gebu.

Setelah kek masak boleh keluarkan dari loyang. Biarkan sejuk seketika. Dah sejuk nanti boleh curahkan topping. Ayak serbuk koko sebagai hiasan. Sedia untuk dihidangkan. 

Sedap sangat kek nih. Sebelum makan sejukkan dalam peti. Fuhhhh memang best. Terima kasih kepada empunya resepi. Minta halalkan resepi ye. Ada lah ubah sikit. Selamat mencuba ^_^




2 comments: