Sunday, 18 October 2015

Kari Ayam Tanpa Santan

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Syafiyah Raisha memang suka makan kari. Nak bagi dia makan nasi banyak masak je kari, masak lemak, sup daging. Ibu nih pulak kurang rajin masak gulai tapi demi anak gigih jugak la. So hari nih ibu masak kari ayam tanpa santan.

Kari Ayam Tanpa Santan


Bahan-bahan Kari Ayam

6 ketul ayam potong kecil
1 biji bawang putih dititik
1/4 biji bawang besar dimayang
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji kentang potong kecil
1 batang daun kari
2 sudu besar serbuk kari
Sedikit air
Sedikit minyak
Sedikit garam

Cara Membuat Kari Ayam

  1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang besar, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga layu.
  2. Masukkan serbuk kari dan kacau seketika. Jangan sampai hangus.
  3. Masukkan ayam dan kentang kacau seketika. Masukkan daun kari dan air.
  4. Biarkan sehingga mendidih. Setelah ayam dan kentang sudah masak boleh perasakan dengan garam.

Dah siap kari ayam tanpa santan. Senang je rupanya campak-campak je. Janji anak dara ku makan banyak. Alhamdulillah. U ols boleh la try masak. Memang senang. Boleh tambah bendi atau terung.

4 comments: