Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Sebagai manusia sememangnya kita inginkan pintu rezeki kita sentiasa terbuka luas. Mohonlah kepada Allah Yang Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Mengasihani. Marilah kita sama-sama amalkan 20 amalan pembuka pintu rezeki ini sebagai salah satu cara kita berusaha untuk memperolehi rezeki yang melimpah ruah, halal dan diberkati.
20 AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI
Istighfar
Banyakkan beristighfar kerana kita hamba Allah yang lemah dan tidak lepas daripada melakukan dosa. Sentiasalah beristighfar dan bertaubat kepada Allah SAW. Allah pasti suka kepada umatnya yang mengakui dosa dan bertaubat dari melakukan dosa.
Rajin beribadah
Rajin beribadah kepada Allah sebagai tanda kita mengabdikan diri kepada Allah. Sentiasa utamakan Allah dalam segala urusan kita. Allah takkan sia-siakan pengabdian diri hambaNya.
Tinggalkan perbuatan berdosa
Segera tinggalkan segala perbuatan dosa kerana dosa akan membuatkan hati menjadi resah dan gelisah. Malahan akan menutup pintu rezeki. Jika kita beristighfar tetapi masih mengulangi perbuatan dosa, dibimbangi kita tidak diterima oleh Allah.
Sentiasa mengingati Allah
Sentiasalah mengingati Allah kerana akan membuatkan hati kita akan menjadi lebih tenang dan kehidupan akan menjadi lebih lapang. Rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang yang beriman.
Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa
Dalam hadis riwayat dari Imam Ahmad, Nabi Muhammad SAW berpesan, agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahkan rezeki, hendaklah berbakti kepada ibu bapa dan menyambung tali kekeluargaan.
Memenuhi keinginan orang lain
Tunaikan dan penuhi kehendak atau keinginan orang lain juga menjadi sebab Allah akan melapangkan rezeki dengan cara tercapainya hajat atau keinginan kita.
Berbuat baik dan membantu orang yang dalam kesusahan
Gembirakan dan bahagiakan orang tua, orang yang sakit, anak yatim piatu, fakir miskin, isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Banyak berselawat ke atas Nabi SAW
Dengan cara berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW akan dapat menghilangkan keresahan, kesedihan, kesukaran dan pintu rezeki akan terbuka luas dengan izin Allah SWT.
Berpagi-pagi
Rasulullah SAW pernah bersabda amalan berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaiknya selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. Sebaiknya jangan tidur selepas subuh.
Buat kebajikan sebanyak-banyak yang boleh
Buatlah kebajikan sebanyak yang boleh selagi kita masih bernafas di bumi Allah. Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk lain."
Menjalinkan silaturahim
Baginda SAW bersabda: "Barangsiapa ingin dilapangkan rezeki, dilambatkan ajal, maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)
Rajin bersedekah
Jadikan sedekah sebagai amalan kerana dengan bersedekah akan mengundang rahmat Allah dan Allah akan membukakan pintu rezeki.
Sentiasa dalam keadaan berwuduk
Sentiasa biasakan diri dalam keadaan berwuduk kerana Nabi SAW ada bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan dari Sayidina Khalid al-Walid)
Bersolat malam (tahajud)
Biasakan diri untuk bangun bersolat satu pertiga malam (tahajud) kerana ia memberi seribu kebaikan kepada yang mengamalkannya.
Amalkan solat Dhuha
Luangkan masa untuk melakukan solat Dhuha. Solat Dhuha biasanya dilakukan di saat manusia sibuk dengan urusan dunia. Amalan ini mempunyai rahsia tersendiri yang luar biasa.
Amalkan berzikir dan bacaan ayat Al-Quran
Zikir daripada ayat-ayat al-Quran atau Asma'ul Husna selain dapat menenangkan hati manusia, malah dapat menjernihkan perasaan. Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika dibaca selalu.
Sentiasa bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah SWT. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, Ayat 7)
Berikhtiar
Berikhtiar dan berusahalah untuk mencapai sesuatu. Orang yang beriman takkan pernah jemu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal dan diberkati.
Berdoa
Dengan berdoa akan menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Sebagai hamba Allah kita wajib bergantung dan mengharap hanya kepada Allah supaya mengurniakan rezeki dan rahmat. Doa merupakan senjata orang mukmin.
Bertawakal
Setelah berusaha, berikhtiar dan akhirnya bertawakal akan dikurniakan rasa kaya oleh Allah SWT. Rasulullah SAW juga bersabda: "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pada waktu pagi hari lapar namun petang hari ia telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
insyallah.. jom amalkan mudah2an rezeki kita semua murah =)
BalasPadam:)
PadamThank you... semoga kita beristiqomah dalam melakukannya,,
BalasPadamwelcome :)
Padamaminn ., ;p
BalasPadam:)
Padam