Selalunya lunch hari Jumaat Faiz beli nasi. Hari ni kakak Raisha request nak bakso mercun. Gerai bakso ni tepi jalan je selalu la lalu nampak tulis bakso mercun. Tapi tak pernah beli lagi.
Pagi tadi masa hantar kakak Raisha sekolah terus tanya dia nak makan apa, katanya nak try bakso. Adik Rania hari ni join rombongan sekolah.
Sampai kat office terus whatsapp Faiz bagitau kakak Raisha nak bakso mercun. Tengahari tadi Faiz singgah la beli.
Cie pun teruja la nak rasa bakso mercun. Sekali rupanya Faiz beli bakso biasa je. Katanya bakso mercun tu bebola besar dan ada sambal dalam tu. Cie kata la takpela nak try yang tu la. Dia cakap ingatkan taknak. Ish suamiku ni patut call la tanya.
Takpela makan jela bakso biasa ni pun. Banyak betul kuahnya. Bebola daging ada 4 biji. Entahla berapa harga tak menanya Faiz.
Rasa bakso ni sedap la juga. Maybe banyak bahan perasa ni. Bila hirup kuah tu boleh rasa la bahan perasa tu. Sedap je. Sambal macam sambal penyet tu pedas juga.
Lain kali la nanti try bakso mercun tu.



0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.