Review Affogato 7E Cafe

Cie perasan dah kat 7E Cafe ada menu ais krim baru. Tapi macam tak terasa nak mencuba lagi. 2 Oktober baru ni sebelah malam lepas Isyak Cie ajak anak-anak ke 7E beli aiskrim, lepas Faiz balik dari surau kami terus keluar. 


Anak-anak nak vanilla cone je RM1.90, Cie saja order affogato RM3.90 nak mencuba. Tertanya-tanya juga kenapa namanya affogato. Cie pun tanya chatgpt. Jawapannya:

Affogato ialah pencuci mulut dari Itali yang menggabungkan ais krim atau gelato dengan espresso panas.

Perkataan affogato dalam bahasa Itali bermaksud “ditenggelamkan” merujuk kepada ais krim yang “ditenggelamkan” dengan shot espresso.

Biasanya:
1–2 scoop vanila gelato/ais krim
1 shot espresso panas dituangkan di atasnya

Bila dimakan, ais krim yang sejuk dan manis bercampur dengan kopi yang panas dan pahit.
Jadi kalau nampak dalam menu “Affogato”, secara ringkasnya ais krim vanila + espresso panas.

Itulah jawapan dari chatgpt. Baru tau la kenapa namanya affogato. 

Sebagai seorang yang coffee lover Cie memang suka dengan rasa affogato ni. Memang kena rasa vanilla dan espresso tu. Ngam je rasanya. Walaupun makan aiskrim dah pukul 9.17 malam, mata tetap boleh dilelapkan. 

Esoknya sebelah petang 3 Oktober selepas balik dari kampung Cie singgah lagi ye 7E Cafe nak beli lagi affogato tu. Memang dah jadi addict pulak dah. Macam teringat-ingat je rasa vanilla campur espresso tu. 


Serius talk memang sedap. Korang kena rasa. Tapi sedap di tekak Cie belum tentu sedap di tekak korang kan. Rasa la dulu ye. Harga pun tak mahal 1 cup tu RM3.90 je. 

Credit photo: Facebook 7-Eleven Malaysia




Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Alahaii.. ada asikrim Expresso pulak. Nanti nak carik la.. hihi

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.