3 Tip Turunkan Berat Badan - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday 14 November 2015

3 Tip Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Nak turunkan berat badan memang mudah jika kita betul-betul bersungguh dan nekad untuk turunkan berat badan. Ramai diantara kita yang tak sanggup nak berusaha dengan bersungguh untuk turunkan berat badan. Ada yang semangat seminggu yang pertama je, selepas tuh balik kepada keadaan asal. Tip yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan ialah kawal pengambilan kalori harian, senaman yang efektif dan suplemen yang berkesan. Jika kesemua kaedah ini diamalkan, Insyaallah penurunan berat badan akan berjaya.

Tip Turunkan Berat Badan


Kawal Pengambilan Kalori Harian

kawal pengambilan kalori harian


Kawal pengambilan kalori harian anda bukan bermakna anda tak boleh makan nasi. Pastikan anda makan 5 hingga 7 hidangan kecil untuk memastikan tenaga berterusan sepanjang hari. Jika kita skip hidangan harian ia langsung tidak membantu untuk kurus malahan nafsu makan akan bertambah dan metabolisma badan akan menurun. Kira keperluan kalori harian badan anda menggunakan application di smartphone anda iaitu BMR (Basal Metabolic Rate). Pilih makanan yang bersesuaian dengan keperluan kalori harian anda. Elakkan makanan yang berminyak dan berlemak. Bagi mengurangkan 1 kilogram berat badan anda perlu membuang 7,770 kalori sama ada melalui makanan, senaman ataupun suplemen.

Elakkan minum manis sebaliknya ganti dengan air masak mengikut keperluan anda. Sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.


Senaman Yang Efektif

senaman yang efektif


Senaman tidak wajib untuk menurunkan berat badan tetapi senaman perlu untuk membantu proses menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Pilih senaman yang anda minat dan mudah untuk dilakukan. Pelbagai jenis senaman yang mudah boleh dilakukan seperti workout cardio, tabata workout, senamrobik dan sebagainya. Cuba buat workout cardio memang sangat membantu membakar kalori dengan cepat. Lakukan lebih kurang 15 hingga 30 minit setiap hari atau 4 hingga 5 kali seminggu. Boleh dilakukan bila-bila sahaja. Boleh tengok dari youtube banyak sangat senaman yang boleh kita amalkan.


Suplemen Yang Berkesan


Suplemen juga penting untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan berkesan jika digabungkan dengan mengawal pengambilan kalori harian dan senaman yang efektif. Pilih suplemen yang sesuai untuk anda turunkan berat badan. Suplemen tersebut mesti lah mempunyai elemen bakar, bina dan buang.


Berat badan boleh dikurangkan jika anda betul-betul berusaha untuk dapatkan berat badan ideal demi kesihatan diri.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: roziahmuhammadnor
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)



Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE



No comments:

Post a Comment