Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Budaya membawa bekal makanan nih sebenarnya sangat bagus selain dari kita mengamalkan konsep berjimat cermat, kita juga dapat makan makanan yang terjamin kebersihannya kerana kita sendiri yang menyediakan makanan tersebut.
Cie dah amalkan budaya membawa bekal ke pejabat nih sebenarnya dah lama. Sebelum nih Cie selalu bawak bekal breakfast je. Bosan dengan menu di kedai setiap hari sama je nasi lemak, mee goreng, nasi goreng, bihun goreng. Kalau masak dan bawak bekal sendiri boleh dipelbagaikan menu seperti pasta, roti telur, roti bakar, cekodok bilis dan macam-macam lagi yang kita boleh masak.
Sejak dari anak-anak kecil pun Cie dah amalkan budaya membawa bekal ke rumah pengasuh. Taknak susahkan pengasuh so pagi-pagi memang sediakan bekal breakfast untuk anak-anak dan diri sendiri. Dah la pengasuh jaga anak kita kan so apa salahnya kita bangun awal pagi sediakan breakfast. At least ringan sikit tugas pengasuh. Masa kakak kecil pun Cie memang sediakan bekal lunch sekali. Pengasuh tinggal panaskan je.
Menu bekal tak perlu la yang susah-susah. Simple pun sudah memadai. Asalkan ada nasi, lauk, sayur dan sedikit sambal untuk penambah selera. Sayur biasanya Cie bawak bekal ulam-ulam seperti salad lettuce, daun sup, timun, tomato, kacang panjang, peria, kacang botol. Lauk pulak sama ada ayam, ikan, telur, ikan bilis.
Bekal yang kita masak memenuhi selera kita. Kalau kat kedai belum tentu memenuhi selera kita. Cie bab makanan nih nak kata cerewet tuh tak jugak tapi kalau makanan yang tak sedap memang tak lalu tekak nak makan. Menu makan tengahari kat kedai pun asyik sama je setiap hari, dah la mahal. Nak keluar waktu lunch memang malas. Semata-mata nak bungkus sebungkus nasi. Lebih baik bawak bekal, so masa lunch jimat la sikit kan.
Nak tau tak macam mana tips nak jimat masa memasak, pukul berapa nak bangun pagi boleh baca Tip Jimat Masa Memasak Wanita Bekerjaya.
No comments:
Post a Comment