Monday, 14 December 2015

Kepentingan Pemeriksaan Kesihatan

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Khamis lepas Cie ada buat pemeriksaan kesihatan kat Jabatan Pesakit Luar Hospital Kuala Lipis. Sebagai kakitangan yang bertugas di Unit Dietetik Dan Sajian Hospital kami memang wajib menjalankan pemeriksaan kesihatan setiap tahun. Biasanya kami akan pergi buat pemeriksaan pada hujung tahun.




Masa nak tunggu giliran ambil darah ramai la jugak yang sama-sama tunggu giliran. Kebanyakkan yang menunggu giliran berusia antara 50 hingga 60 tahun membuatkan Cie terfikir adakah 20 atau 30 tahun akan datang Cie pun akan berada di sini. Ya Allah mintak dijauhkan. Selagi boleh cuba jaga kesihatan. Arwah mak dulu penghidap kencing manis dan darah tinggi so risiko untuk mendapat penyakit tu memang tinggi kalau tak jaga dari awal.


Pemakanan

Antara perkara yang perlu dijaga ialah pemakanan. Pemakanan memang penting untuk kita jaga kerana berpunca dari makanan kita mudah mendapat penyakit. Sekarang nih pelbagai jenis makanan yang dijual kebanyakkan mengandungi bahan tambahan yang boleh menyebabkan penyakit. So berhati-hatilah didalam memilih makanan. Selagi boleh cuba masak sendiri di rumah. Elakkan membeli makanan diluar yang kita sendiri tak pasti dengan tahap kebersihan.

Makanan Tambahan (suplemen)

Jika perlu ambil makanan tambahan (suplemen) untuk membantu kita mendapatkan kandungan nutrisi yang mencukupi. Kadang-kadang makanan yang kita makan sudah hilang kandungan nutrisi selepas sahaja dimasak. Kita makan sayur tapi sayur yang kita masak tu belum tentu kekal kandungan nutrisi selepas dimasak. Kadang-kadang semasa proses penyediaan sayur sebelum dimasak pun kandungan nutrisi dan berkurangan. Apatah lagi selepas dimasak kan. So suplemen memang penting untuk kita ambil.

Gaya Hidup Sihat

Amalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan aktiviti yang menyihatkan seperti bersenam, bersukan, beriadah. Tak perlu ambil masa yang lama. Kat rumah pun boleh lakukan aktiviti yang menyihatkan badan.

Tidur Mencukupi

Pastikan tidur mencukupi sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam sehari. Kalau ibu-ibu yang mempunyai anak kecil pasti tidak mempunyai tidur yang mencukupi. Cuba ambil masa berehat sewaktu rehat makan tengahari di pejabat sekurang-kurang 10 hingga 15 minit untuk memberi kesegaran.


Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
ID: 890962
Facebook Page: Syafiyah Vita Shoppe
Instagram: roziahmuhammadnor
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/sms)



Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

4 comments:

  1. Bila ada anak tidur mesti dikorbankan.. Tapi bila time weekand usaha gak untuk tidur lebih sikit.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. weekend cukup sikit tidur sebab husband ada. husband tidur dengan anak2. hihih

      Delete
  2. Baru jer buat check up...doktor cakap kurangkan makan hahahhahahhaha....tapi cam biasa degil kan...sebab jenis suka makan...hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. makan boleh tapi jangan terlebih2 pulak.

      Delete